السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala pujian bagi Allah ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Shalawat dan salam untuk Baginda ﷺ
PERANCANGAN PERANG DUNIA KETIGA
Perang Dunia Ketiga merupakan perancangan musuh Islam untuk menguasai ummat Islam secara berperingkat. Peringkat 1 Pra Perang Dunia ke3, Peringkat 2 Perang Dunia ke3 Alaf Baru dan Peringkat 3 Perang Dunia ke3 Perang Besar (al Malhamah Qubra). Perancangan ini bukanlah sebuah perancangan yang baru. Musuh Islam telah merancang mewujudkan tiga Perang Dunia semenjak tahun 1871. Perang Dunia Ke-3 yang sering disebut sebutkan menandakan ianya adalah sebuah perang yang terancang. Tiada disebutkan Perang Dunia Ke-4 atau Ke-5, kerana tiada perancangan dibuat untuk itu. Telah berlaku dua perang dunia, sekarang ummat Islam akan berdepan dengan Perang Dunia Ke-3.
Tahun 2021 Masehi, merupakan tahun yang dirancang berlakunya Permulaan Perang Dunia atau Pra Perang Dunia ke3 dan akan berpanjangan sekitar sepuluh tahun yang berakhir dengan kemuncak Perang Dunia ke3, yakni Perang Besar sekitar tahun 2030 Masehi. Mereka menamakan Perang Dunia Ketiga ini sebagai Perang Armageddon. Peperangan tersebut diperingatkan oleh Rasullullah sebagai "AlMalhamah Qubra (Peperang Besar dengan) Dajjal" dan "Dibukakan (Kemenangan bagi) Yakjuj dan Makjuj". AlMalhamah Qubra berlaku sekitar tahun 2029 dan sekitar tahun 2030 pula Dibukakan Yakjuj dan Makjuj untuk menguasai dunia. Kedua duanya merupakan Kemuncak Perang Dunia Ketiga terhadap ummat Islam secara menyeluruh. Perkara inilah yang diperingatkan sebagai sebahagian dari Tanda Besar sebelum Qiamat.
PERINGKAT 1, PRA PERANG DUNIA KETIGA DAN KEJATUHAN TURKEY DAN NEGARA NEGARA ARAB.
Tanda awal kejayaan Pra Perang Dunia Ke3 adalah kejatuhan Negara Turkey dan Negara Arab. Kejatuhan Turkey dan Arab Saudi sudah dirancang semenjak Perang Dunia Pertama. Sekiranya kedua dua ini berhasil, maka Pakistan dan seterusnya negara negara Islam lainnya akan menerima nasib yang sama. Tahun 2021 merupakan tahun Turkey dan Arab Saudi perlu mereka jatuhkan sebelum Baitul Maqdis akan dikuasai sepenuhnya oleh Khalifah Islam sekitar 2022.
PERANCANGAN PERANG DUNIA
Oleh kerana ketiga tiga Peperangan ini merupakan satu rancangan yang besar, maka untuk menghadapi Perang Dunia Ketiga, kita juga perlu merujuk kembali kepada kedua dua perang sebelumnya. Berdasarkan Perang Dunia Pertama dan Kedua, sudah terbukti terdapat matlamat yang terselindung disebalik terjadinya peperang ini. Kedua dua peperangan tersebut, iaitu Perang Dunia Pertama dan Kedua merupakan persiapan untuk Perang Dunia Ketiga yakni kehadiran Dajjal untuk menguasai ummat Islam.
Ummat ini perlu belajar dari Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914 - 1918) yang telah mengakibatkan Empayar Kerajaan Turkey Othmaniah musnah malah wilayah wilayah yang dikuasai Kerajaan Turkey Othmaniah terpaksa dilepaskan kerana perjanjian Serves 1920. Begitu pula pada Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan. Maka dengan ditubuhkan PBB, Wilayah Palestin menjadi "halal" sebagai penempatan Yahudi. Perancangan ini dapat dibuktikan oleh Deklarasi Balfour 2 Nov 1917, dilanjutkan di dalam Perjanjian Serves 1920. Lalu pada 1948 negara Israel (Yahudi) berjaya dibentuk. Akibatnya secara berperingkat negara Palestine telah dipadamkan dan digantikan dengan negara Israel dari peta dunia.
Selagi ummat Islam tidak menyedari Eskatologi, dunia ini sedang menuju Tatapan Dunia Baru, yang dirancang dengan teliti oleh "Pengatur Dunia Baru" selagi itulah ummat ini dibuai oleh tipudaya dan fitnah yang membawa kepada kebinasaan ummat itu sendiri.
EMPAYAR TURKEY OTHMANIAH PERLU DILEMAHKAN DENGAN PERANG DUNIA PERTAMA
Maksud Perang Perang Dunia pertama untuk melemahkan Empayar yang dikuasai oleh agama terutamanya Islam. Perkara utama yang dirancang oleh "Pengatur Dunia Baru" adalah berkaitan dengan Empayar Kerajaan Othmaniyah kerana zaman tersebut merupakan "Zaman Mulkan Jabbariah" (Kerajaan Islam Yang Mampu Bertahan Dengan Kekuatan dan Kekuasaan). Maka mereka berusaha untuk menghalang segala kemungkinan berlakunya kebangkitan dan penyatuan ummat Islam di bawah Kerajaan (Mulkan) Othmaniah Turkey.
Apabila kesatuan ummat terbentuk Struktur Khilafat juga akan terbentuk.
Pihak musuh khuatir, bangkitnya kembali Khalifah atas Manhaj AnNubuah bermula dari kerajaan Othmaniah.
RINGKASAN AGENDA MEMBABITKAN TURKEY KEKANCAH PERANG DUNIA PERTAMA
Mewujudkan Persengketaan di antara dua kuasa besar yang bergabung mampu mengheret Turkey terbabit di dalam agenda tersebut. Perang Dunia Pertama terjadi disebabkan tindakbalas Austria-Hungary kerana terperdaya dengan agenda pembunuhan Putera Mahkota (Pewaris Tahta Pemerintahan) negaranya. Austria bersatu dengan Jerman untuk menyerang Serbia sebagai tidak balas sehingga mencetuskan Perang. Lantas Bulgaria juga terbabit memihak kepada Ausria begitu jugalah Turkey terjebak sama kerana ada perikatan dengan Jerman. Perlu kita sedar kerajaan Austria dan Jerman ketika itu merupakan dua buah empayar yang besar seperti Kerajaan Othmaniah di Eropah.
Manakala di pihak lain Amerika, Rusia, Perancis, United Kingdom, Kanada dan Italy berpihak kepada Serbia membentuk Perikatan Bersatu. Agenda terancang ini mengakibatkan bermulanya Perang Dunia Pertama 1914 dan berakhir 1918. Pihak Jerman terpaksa menanggung kerugian besar dengan menandatangani Persetiaan Versailles pada Jun 1919. Namun Peperangan dengan Kerajaan Othmaniah hanya dihentikan setelah Kerajaan Othmaniah Turkey bersedia menandatangani Perjanjian Serves 1920.
PERJANJIAN YANG TERANCANG UNTUK PERSIAPAN PERANG DUNIA KE 3
Merujuk kepada isi dan maksud perjanjian Serves itu, ianya jelas untuk melumpuhkan perkembangan dan kekuatan Turkey. Manakala tempoh 100 tahun yakni tammat perjanjian tersebut pada tahun 2021 Masehi merupakan perangkap untuk menjebakkan kembali Turkey ke dalam Perang Dunia ke3. Turkey akan membina semula empayar dari wilayah yang telah dilepaskan. Mesir, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Iraq, Iran, negara negara Balkan merupakan wilayah empayar Turkey yang telah dilepaskan semasa Perjanjian Servez tersebut. (rujuk Artikel Perang Dunia 1 dan Perjanjian Damai)
Tidak mungkin seluruh wilayah ini akan bersatu kembali untuk tunduk semula kepada Turkey. Sebaliknya negara negara tersebut akan membentuk sebuah kesatuan bagi menghalang Turkey kembali menguasai mereka. Inilah bentuk perpecahan yang diinginkan oleh musuh apabila kebangkitan Turkey yang telah dijadualkan dapat dimanipulasikan sebagai pemicu perang atau Pra Perang Dunia pada 2021 yakni seratus tahun dari 1920.
MEMUSNAHKAN SEMUA YANG MEWUJUDKAN KESATUAN UMMAT
Kekuatan sebenar ummat Islam adalah penyatuan di bawah Pemerintahan Khilafah. Sekiranya kebangkitan semula sistem khilafat terjadi, ianya mampu menggugat usaha musuh membuat persiapan kedatangan Dajjal. Khalifah ummat Islam yang terakhir adalah seorang mujaddid yang dikenali sebagai AlMahdi. Kebangkitan semula ummat berlaku setiap awal seratus tahun dengan kemunculan seorang mujaddid. Maka mujaddid seratus tahun sebelum AlMahdi perlu mereka hapuskan. Oleh kerana itulah Kerajaan Othmaniah Turkey perlu dijatuhkan sebelum menjelang tahun 1920an. Perancangan tersebut berdasarkan jangkakan Yahudi bahawa kemunculan Dajjal pada 2030 yang mereka anggap sebagai "The New Melenium". (namun Dajjal terpaksa muncul setahun lebih awal dari jangkaan mereka, perkara ini akan diulas kemudian insyaAllah).
Namun ketentuan Allah berlaku sebaliknya, kejatuhan Kerajaan Turkey Othmaniah (Mulkan Jabbariyah) itulah merupakan tanda kebangkitan Khalifah atas Manhaj AnNubuah. Seorang mujaddid baru tetap diutuskan Allah ketika runtuhnya agama setiap awal seratus tahun. (perkara ini akan diulas kemudian insyaAllah).
PERANG DUNIA KEDUA UNTUK MENYEDIAKAN MEDAN
Perang Dunia Kedua adalah kesinambungan bagi melengkapi persiapan Perang Dunia Ketiga. Setelah usaha terhadap empayar Othmaniah Turkey berjaya dilakukan, medan untuk memulakan Pra Perang Dunia Ketiga perlu diujudkan. Medan Perang Dunia Ketiga yang menjadi pilihan adalah di Timur Tengah. Kepentingan Palestine adalah untuk mengawal semua urus tadbir di Timur Tengah. Segala galanya termasuklah militer, ekonomi, hasil bumi, politik, sosial budaya, dan terutama sekali sebagai pemicu Perang Dunia Ketiga. Baitul Maqdis perlu ditawan sebagai salah satu pemicu Perang Dunia Ke3. Untuk perkara itulah Palestine perlu diambil dengan menjadikan Bangsa Yahudi dijadikan alasan.
Alasan mereka bahawa Palestine adalah tempat asal bangsa Yahudi, maka perlu diberikan penempatan kembali tanah tersebut kepada Bangsa Yahudi. Tragedi pembunuhan sebahagian Bangsa Yahudi oleh Hitler yang juga berketurunan Yahudi sebagai jalan pemaksa agar seluruh Yahudi berpindah ke Palestin. Ianya hanya dijadikan sebuah alasan sehingga akhirnya Palestin akan tinggal nama dalam kenangan bukan di dalam peta.
Begitu juga Penubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) diciptakan selepas Perang Dunia Kedua untuk "meluluskan" maksud tersebut. Apa sahaja keputusan yang diambil akan dituruti dan sekiranya terdapat pihak yang tidak bersetuju PBB akan memainkan peranannya. PBB adalah kesatuan dari kuasa veto yang terdiri dari Pihak Bersekutu yang merealisasikan Perang Dunia Pertama dan Kedua.
AGENDA SULIT DISETIAP PERANG DUNIA
Selepas Perang Dunia Pertama diujudkan dua kuasa Besar, sebuah pihak pembawa ideologi Kapitalis dan satu lagi membawa ideologi Komunis. Dua Kuasa besar ini tindakkannya seolah olah mahu bersaing dan berperang, namun disebalik setiap tindakkan tersebut maksud mereka adalah sama. Amerika membawa pendekatan kapatalisme sedangkan fahaman komunisme dibawa oleh Russia kemudian diikuti oleh China.
Setelah Perang Dunia, kedua dua pihak yang asalnya merupakan Pakatan Bersekutu, namun berubah menjadi "Seteru". Persengketaan dengan nama "Perang Dingin" untuk menyembunyikan maksud sebenar mereka yang tetap sama. Dua kuasa besar yang menjadi kuasa veto yang bersedia untuk dimanipulasikan bagi memainkan peranan di dalam semua aspek persiapan untuk Perang Dunia Ketiga.
AGENDA 2021 PRA PERANG DUNIA KETIGA
Krisis di Palestina dan Syam dijadikan umpan untuk membangkitkan semula Turkey. Ianya seperti bom jangka yang senantiasa ditingkatkan keaktifan sehingga tiba masanya pada 2021 akan diletupkan untuk memulakan Pra Perang Dunia Ketiga.
Seperti mana pada perang dunia Pertama dan Kedua, rencana mewujudkan dua golongan besar yang berperang supaya keduanya dapat dimanipulasikan bagi mengheret mana mana negara agar turut terlibat. Kaedah yang sama diterapkan ke dalam Pra Perang Dunia Ketiga. Dua peneraju kekuatan tersebut telah dijelaskan sebelumnya. Kedua dua idealogy inilah yang dibina sebagai dua buah kuasa besar, satunya akan memihak kepada kebangkitan semula Turkey manakala pihak satu lagi menyokong negara Islam yang bertentangan dengan Turkey. Kedua idealogi ini berfungsi sebagai pemisah terjadinya penyatuan ummat Islam.
Turkey ingin mengembalikan semula kegemilang Empayar Othmaniyah, perkara ini tidak dapat dinafikan. Malah pemerintah tertinggi Turkey sendiri mengistiharkannya. Pembukaan Al Quds (Baitul Maqdis) adalah tanda Khalifah ummat kembali untuk menyatukan dunia Islam. Pembukaan Al Quds adalah pembukaan sepenuhnya untuk dimakmurkan oleh ummat Islam. Sebaliknya kejatuhan Al Quds adalah tanda jatuhnya kekuatan ummat Islam keseluruhannya. Al Quds akan dibukakan pada tahun 2022. Namun bukan Turkey yang mampu membuka semula Al Quds. Sekiranya Turkey bergerak kepada itu Turkey akan mengalami kejatuhan. Kejatuhan yang telah siap dirancang oleh musuh musuh Islam. Turkey jatuh kerana terjebak semula di dalam agenda Perang Dunia ini.
MAKSUD MEDAN PERANG YANG DISEDIAKAN
Dua kuasa besar kelihatan mahu berperang namun sebenarnya mereka mengadu domba agar ummat Islam berperang antara sesama sendiri. Malah perseketaan antara dua kelompok Islam itulah yang akan dijadikan sebagai medan Perang Dunia Ketiga. Kesemua medan tempur itu adalah wilayah Islam. "Perancang Dunia Baru" sedang mengatur kesemua ini.
Disebarkan berita persengketaan untuk perang antara dua negara, sehinggakan kedua dua pihak menghantar kekuatan ketenteraan untuk menghadapi persengketaan itu. Namun seluruh destinasi militer yang dihantar keseluruhan adalah lokasi strategik yang mengelilingi wilayah Islam. Sedarlah wahai ummat Islam kepungan ini telah sempurna hanya menunggu masa. Kesemua ini akan jelas apabila bermulanya "Pra Perang Dunia" pada separuh terakhir tahun ini.
Maksud "Medan Perang" adalah walaupun dua kuasa besar berperang, namun akibat kerosakkan perang adalah medan perang bukannya kedua dua kuasa besar tersebut. Tiada berlaku pertempuran di negara kedua dua kuasa besar tersebut, sebaliknya pertempuran harus berlaku hanya di medan tepur. Wilayah wilayah Arab akan banyak yang musnah, terutamanya Arab Saudi akan jatuh kerana ini.
PERANCANGAN DAN MAKSUD TERSELINDUNG PRA PERANG DUNIA
Secara umum dunia tidak menyedari tujuan sebenar disebalik Pra Perang Dunia. Yakni sebuah Peperangan sebelum Perang Dunia Ketiga dilancarkan. Tujuan utama Pra Perang Dunia untuk mengenal pasti lalu menghapuskan kebangkitan golongan yang dipimpin oleh khalifah yang akan menyerahkan urusan kepimpinan tersebut kepada AlMahdi. Inilah sasaran utama yang perlu dihapuskan oleh pihak musuh. Ini kerana kebangkitan golongan ini akan mengancam seluruh sistem yang dibangunkan hampir seribu tahun semenjak kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova Spanyol pada tahun 1031 M.
Kebangkitan Islam yang menjadi pandangan mereka bukan sahaja di Syam namun tumpuan mereka adalah Wilayah Timur dan Wilayah Khurasan. Perkara yang berlaku di Syam sudah sedia maklum dan tidak perlu dilanjutkan lagi, insyaAllah suatu hari akan ditaklukan semula oleh "Sang Penakhluk", bermula tahun 2022. Namun kebangkitan "Sang Penakhluk" itulah yang sangat diperhatikan oleh musuh Islam.
KEBANGKITAN DARI TIMUR
Perkara yang dirisaukan oleh musuh Islam lainnya adalah kebangkitan dari Timur. Pada peringkat awal, "Pengatur Dunia Baru" menganggap kebangkitan di Timur adalah dari Wilayah Nusantara. Lantas wilayah ini telah diperangi selama ratusan tahun oleh The Union Jack (Kesatuan Keturunan Yaakob, Jack itu merujuk kepada Nabi Yaakob) atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Bani Israel. Kesatuan ummat di Timur dipecah pecahkan kepada beberapa sempadan negara. Ummat Islam dapat dengan mudah dipecahkan oleh "Garisan" peta. Tanpa rakyat sedari tarikh kemerdekaan setiap negara tersebut merupakan tarikh negara itu mula dijajah kerana menerima perjanjian penjajahan. Mereka membebas negara tersebut dari ketaaan kepada aturcara Islam dan tunduk dengan cara dan mengakui undang undang mereka. Cara dan Undang undang inilah diatur oleh "Vatican" untuk mengekang kebangkitan ummat Islam. Kemerdekaan yang telah dirancangkan agar ianya tidak disedari sedangkan "Cantus" dapat berfungsi sebagai penggerak untuk merealisasikan maksud "Benedictine Order".
KEMUNCULAN PAKISTAN TIDAK DIDUGA
Namun setelah munculnya Pakistan pada tahun 1947, bentuk perancangan mereka telah berubah. Ini kerana kemunculan Pakistan berlaku selepas Perancangan 3 Perang Dunia pada sekitar 1870-1871 tersebut. Agenda sulit yang lain terpaksa dilakukan untuk menjadikan Pakistan sebuah "Negara Pengganas Islam. Alasan inilah yang akan digunakan untuk meluluskan "Polis Dunia" agar dapat menyerang Pakistan dengan alasan Pakistan membantu pengganas sesuai dengan jadual yang mereka susun.
KEJADIAN DI AFGHANISTAN ADALAH SEBUAH AGENDA SULIT
Bagi memastikan perkara ini terjadi, Afghanistan dijadikan alat manipulasi untuk persediaan menghadapi kebangkitan di Pakistan. Perancangan ini bermula dengan kemasukkan Soviet Union ke dalam wilayah Afghanistan pada 23 Disember 1979. Pencerobohan Russia hanyalah pemula, sedangkan penglibatan Amerika adalah pelaksana agenda sulit tersebut. Seterusnya wujudlah golongan yang akan memperjuangkan hak kenegaraan dan maruah Islam. Golongan asal perjuangannya murni, memperjuangkan hak mereka sebagai Muslim Afghanistan. Awalnya mereka dikenali sebagai pejuang Mujahiddin. Namun dengan sengaja diberikan identiti "Pejuang Taliban" (sesuai dengan asalnya mereka adalah pelajar dan bekas pelajar) supaya kemunculannya dapat dikenalkan ke seluruh dunia. Secara berperingkat nama tersebut berubah sesuai dengan acuan yang dibawakan. Nama ini membawa kepentingan yang besar agar dapat dimanipulasikan untuk tujuan tertentu. Bermula dari Mujahiddin kemudian Talibban selanjutnya alQaeda, dan seterusnya terus berkembang menjadi pelbagai organisasi. Golongan-golongan tersebut akhirnya dianggap organisasi "Terrorist" oleh pandangan mata dunia. Semua ini merupakan rancangan sulit CIA, sebuah agensi sulit Amerika yang bergerak dibelakang tabir sebagai penaja sepenuhnya untuk merubah fahaman dan maksud asal perjuangan. Setelah maksud tujuan ini tercapai barulah Soviet Union mengangkat kaki keluar dari Afghanistan pada 1989 dengan alasan USSR menghadapi krisis. (rujuk Artikel Agenda Rahsia Di Khurasan)
Pakistan juga pernah membantu pejuang pejuang ini atas dasar mempertahan Islam malah untuk menghalang kemaraan Russia ke sempadan Pakistan. Tindakkan kerajaan Pakistan tersebut akan dijadikan alasan bahawa Pakistan akan dikaitkan dengan membantu terrorist. Semua ini dirancang dengan sempurna dengan mewujudkan kebangkitan pejuang pejuang Islam yang dibantu oleh Pakistan kemudian dilabelkan sebagai pengganas. Akhirnya Pakistan akan terperangkap di dalam perancangan ini dan tidak dapat lari dari terseret ke dalam kancah peperangan.
Apabila ummat Islam tidak sedar akan peringatan ini, Kerajaan Turkey, Kerajaan Arab dan Kerajaan Pakistan akan jatuh. Ketiga tiga kerajaan ini merupakan antara kerajaan Islam yang mempunyai kekuatan ketenteraan melebihi dari negara negara Islam yang lain. Sekiranya ketiga tiga negara ini berjaya ditumbangkan oleh musuh Islam, seluruh kekuatan yang lain akan lebih mudah ditumbangkan oleh mereka.
MAKSUD UTAMA PRA PERANG DUNIA KETIGA.
Tujuan Pra Perang Dunia Ketiga meruntuhkan Kerajaan Islam sebenarnya untuk membangkitkan semangat bagi tercetusnya Peperangan Agama. Apabila kejatuhan kerajaan kerajaan Islam seperti Turkey, negara Arab, dan Pakistan sudah runtuh , ianya menunjukkan kekuatan dan perpaduan ummat Islam telah lemah. Kejatuhan tersebut itulah perangsang untuk membangkitkan semangat untuk menghapuskan Islam di seluruh dunia oleh musuh musuh Islam.
Sasaran sebenar untuk mewujudkan perang antara agama adalah di India. Penduduk Majoriti Hindu akan dimanipulasikan untuk menyerang penduduk minoriti Islam di India. Jumlah populasi penduduk Islam di India sekitar 195 Juta, manakala keseluruhan populasi penduduk beragama Hindu sekitar 1.2 billion. Populasi penduduk Islam berada di benua Hind yakni sekitar 550 juta merupakan sepertiga dari keseluruhan ummat Islam seluruh dunia. Penduduk Islam di India dirancang untuk dihabisi sepenuhnya, sekiranya berjaya peperang Agama akan merebak ke seluruh wilayah Hind. Semangat untuk mencetuskan perang antara agama sudah dicanangkan pada awal 2020 di India.
Menghapuskan warga awam tidak dibenarkan dilakukan oleh mana mana kerajaan. Maka memanipulasi agama perlu dilakukan semasa "Perancangan Perang Dunia" . Maka Negara Kuasa Besar tidak terbabit di dalam kancah peperangan dan tidak dapat dipersalahkan. Peperangan di India tidak dapat dielakkan ianya adalah maksud utama Pra Perang Dunia Ketiga kerana terdapat agenda sulit disebalik menghapuskan penduduk Islam di India.
"Agenda untuk menghapuskan usaha agama yang dipimpin oleh pentadbiran Khalifah yang berpusat di Nizamuddin, India. Khilafat yang telah bergerak hampir seratus tahun ini mampu mentadbir sebahagian besar ummat Islam diseluruh dunia. Sistem inilah yang perlu mereka hapuskan sebelum Perang Dunia Ketiga dapat dimulakan. Peperangan Agama di Wilayah Hind inilah dinamakan sebagai Ghazwa Hind. (rujuk Artikel Ghazwa Hind?)
Bersambung ke Artikel Selanjutnya Insya Allah....
