Langsung ke konten utama

KRONOLOGI AKHIR ZAMAN (Bahagian 2)

 





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah  ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Shalawat dan salam untuk  Baginda ﷺ


STRUKTUR KHALIFAH ATAS MANHAJ ANNUBUAH SUDAH HAMPIR 100 TAHUN


Seluruh ummat Islam seharusnya sedar dan bersatu di bawah pimpinan Khalifah. Struktur Khilafat ini sudah dibentuk dan dibangunkan hampir seratus tahun, oleh seorang mujaddid. Namun ianya masih kelihatan asing malah janggal pada pandangan ummat Islam kini. Kini telah terbina sebuah golongan yang dipimpin oleh pentadbiran khilafat yang menegakkan kembali "Manhaj anNubuah". Khalifah yang memimpin usaha tersebut telah silih berganti sehinggalah kini dipimpin oleh Khalifah ke11 yang merupakan Bani Tamim.

Golongan yang dibangunkan dan dipimpin oleh khalifah ini tidak membawa senjata atau bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Hanya berusaha menyakinkan ummat Islam bahawa bantuan Allah akan datang kembali kepada ummat ini sekiranya Cara Kerja Rasullullah saw dapat dipikul oleh ummat ini secara ijtimai. Selagi golongan ini tidak diperangi selagi itulah ianya akan bergerak untuk  menyedarkan ummat tentang Manhaj (kepentingan Cara Kerja) Rasullullah saw.  Setelah golongan ini diperangi, barulah golongan ini akan berubah tertib kerana mempertahankan Islam. 


KEMENANGAN GHAZWA HIND 


Musuh Islam sangat khuatir akan usaha ini, kerana itulah ianya mesti diperangi. Memerangi golongan tersebut bererti berperang dengan Allah. Allah menjanjikan kemenangan sekiranya golongan ini diperangi. Sekali ianya sudah berubah tertib, dengan mengibarkan "Panji Hitam" tiada yang akan dapat mengalahkannya. Panji Hitam (kepimpinan) ini kemudiannya akan diserahkan kepada Khalifah alMahdi. Kemengangan di Ghazwa Hind merupakan bukti kebenaran yang dibawa oleh golongan tersebut yang disebutkan alMansurah (Golongan Yang Dibantu). Tiada mana mana negara walau kuasa besar pun yang dapat mengalahkannya. Seterusnya atas pimpinan khalifah, sebuah pasukkan akan membuka semula Baitul Maqdis sekitar tahun 2022. Pembukaan ini tanda struktur khilafat ini benar telah wujud dan merupakan satu satunya jalan keluar bagi semua masalah ummat.


MUNCULNYA PAKISTAN BARU


Setelah Kemenangan di Ghazwa Hind dan kejayaan ummat Islam membuka Baitul Maqdis, India akan diserapkan ke dalam Pakistan. Wilayah Pakistan akan meluas membentuk Empayar Pakistan Baru, meliputi Afghanistan dan Bangladesh. Kepimpinan Khalifah akan terbentuk di Baitul Maqdis, manakala Pakistan Baru akan membangun seperti mana kehendak Rasullullah saw oleh seorang "Mujaddid". Mujaddid inilah yang mampu membangunkan "Negara Islam" sebenar sebagai contoh untuk menarik setiap negara Islam lainnya mengikat perjanjian, bekerjasama dan mengikuti jejak Pakistan Baru.

 
Ketika itu sepatutnya seluruh ummat Islam perlu dipindahkan atau berusaha berhijrah ke Pakistan Baru kerana wilayah tersebut akan selamat dari fitnah yang lebih besar. Manakala Pemimpin Kerajaan dari negara Islam lain perlu berusaha dan memudahkan urusan  penghijrahan rakyatnya yang bersedia berpindah ke Pakistan Baru. Keterbukaan untuk itu akan wujud, insyaAllah. Apabila perkara ini dilakukan kesatuan ummat Islam seluruh dunia akan terbentuk semula.

Ketika keadaan ini berlaku Rum Russia juga akan membuat perjanjian dengan Pemimpin Pakistan Baru sekitar 2023.

Keadaan ini akan membuatkan "Pengatur Dunia Baru" yang merancang untuk meneruskan usaha menghapuskan negara negara Islam terpaksa terhenti. Keadaan "Tenang Perang" ini berlangsung sekitar tiga atau empat tahun. 


PERANG SARAF TEKANAN KE ARAH PERANG ALAF BARU 


Perang Saraf telah bermula pada tahun 2020 sebagai persediaan kegagalan rancangan di dalam Pra Perang Dunia Ketiga. Walaupun tempoh "Tenang Perang" berlangsung, perang saraf akan tetap berterusan. Perang Saraf kini sedang berjalan, namun hanya disedari oleh sebahagian kecil manusia. Perang saraf dilancarkan sebelum mana mana perang besar meletus, cuma bentuk dan caranya berbeza. Tidak seperti perang konventional perang saraf bertujuan untuk menimbulkan kecelaruan di seluruh dunia.

 
Perang saraf adalah senjata psikologi untuk mengubah dan memanipulasi minda manusia secara keseluruhan.  Kini perang saraf dilancarkan untuk menimbulkan ketidak stabilan pemerintahan dan ketidak percayaan rakyat kepada pemerintah.


Peringkat pertama perang saraf untuk mewujudkan ketakutan dan kekeliruan di dalam kalangan seluruh manusia. Ketakutan inilah yang menyebabkan keupayaan daya fikir manusia secara umum akan terencat. Perang saraf yang pertama dilancarkan pada 2020 berupa "Fitnah Penyakit Dan Hospitaliti".  Fitnah ini telah dikembalikan semula, setelah ummat disedarkan oleh Rasullullah bahawa "penyakit itu ada, namun yang tiada itu jangkitan penyakit". Jangkitan atau Pandemik Penyakit dibandingkan dengan Thaun itu berbeza. Keyakinan jahilliyah terhadap adanya jangkitan pandemik dikembalikan semula sehingga seluruh ummat termasuklah golongan cerdik pandai juga jadi keliru. 

 
Perang saraf kedua untuk menjatuhkan pertumbuhan ekonomi seluruh dunia supaya terjebak dengan hutang, ianya akan menyebabkan negara negara kecil menjadi lemah. Susulan seterusnya adalah kejatuhan "Nilai Mata Wang". Setiap negara yang Mata Wangnya tidak disandarkan dengan komoditi seperti emas atau perak akan mengalami impak besar atau ancaman muflis. Keruntuhan ekonomi menyebabkan persiapan untuk membina kekuatan ketenteraan akan terhad dan mula bergantung dan kepada kuasa besar. 


Perang Saraf Ketiga adalah membentuk minda masyarakat terhadap kepentingan menanamkan sintatik ke dalam tubuh manusia dan sistem Radio Frequency Identification Data (RFID). Ianya bertujuan agar manusia terus bergantung harap "kepadanya" untuk terus hidup.  Setiap pergerakkan manusia juga dapat dipantau dengannya pihak "Pengatur Dunia Baru" mampu menjangkakan pergerakan setiap manusia menggunakan Artificial Inteligence (AI).


Perang Saraf Keempat adalah meningkatkan peredaran atau tranmisi data dan kepentingan teknologi data. Maka penyelesaiannya supaya merubah kepada Teknologi Generasi ke5 (5G), dengan infrastruktur Menara Pemancar 5G dapat disempurnakan menjelang tahun 2025.


KRISIS DUNIA MENJELANG PERANG ALAF BARU.


Krisis dibuat semata mata untuk meningkatkan tekanan kehidupan sehingga menjadi sangat tertekan dan terdesak. Tiada istilah zon selesa di zaman ini, malah tekanan kehidupan akan terus meningkat. Keadaan terdesak inilah yang akan membuatkan manusia terpaksa tunduk. Maksud Perang Dunia Ke3 adalah untuk menguasai seluruh manusia supaya tunduk di bawah Undang Undang Baru Dunia. Institusi semua agama dan perundangan akan disatukan. Manusia yang masih beragama selain dari "Agama dan Undang Undang Baru" tersebut seperti Islam dan Kristian akan dianggap musuh.


Apabila semua manusia atau hampir keseluruhan manusia telah disediakan,  kejayaan Perang Saraf berada di kemuncaknya. Maka Peperangan Alaf Baru akan bergerak dengan lancar selewat lewatnya tahun 2026. 


BERMULANYA PERANG DUNIA KETIGA  SELEWATNYA 2026


Perang Dunia Ketiga berbeza dengan Perang Dunia Pertama, Kedua dan Pra Perang Dunia Ketiga. Perang Dunia Ketiga adalah peperangan Alaf Baru yang tiada bentuk peperangan seperti itu sebelumnya. Ianya merupakan peperangan yang sepenuhnya  menggunakan Teknologi. Ianya dilancarkan serentak dengan serangan kemarau panjang bermula 2026.


KEMARAU PANJANG SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT TURUT


Sekitar tahun 2026 merupakan permulaan kemarau panjang yang akan melanda seluruh dunia. Kemarau ini merupakan kesan dari cuaca buatan yang diizinkan Allah berlaku. Ianya berlanjutan sehingga munculnya Dajjal sekitar 3 tahun kemudian. Keadaan terdesak inilah yang akan menyebabkan manusia semakin lemah, kebuluran dan terpaksa bergantung kepada negara yang menguasai sumber makanan dan minuman. 


KEHANCURAN BESAR BESARAN UMMAT ISLAM BERMULA


Peringkat pertama Perang Dunia Ketiga ini akan menyebabkan kemusnahan ummat Islam di dalam skala yang besar di 3 wilayah. Ianya disebutkan sebagai Fitnah alFana (Kebinasaan) atau lebih dikenali sebagai 3 tanda besar Qiamat. Pertama Keruntuhan di Timur, kedua Keruntuhan di Barat dan ketiga Keruntuhan di Timur Tengah. Keruntuhan ummat Islam yang pertama ini disebabkan oleh Fitnah Fanar dari Timur. 


Fitnah Fanar yang penyebabnya adalah "Menara Pemancar" kerana fanar itu merujuk kepada "Menara Pemancar (Gelombang) Isyarat". Kesemua ini dikawal seliakan oleh sistem "Super Artifial Intelligent" (SAI). Fitnah Fanar akan menyebabkan manusia saling berbunuhan kerana ketakutan yang berlebihan. Ketakutan meningkat di kalangan manusia, kesan gelombang frekuensi dari Menara Pemancar 5G. Sintatik yang ditanamkan sebelum ini akan bertindak aktif untuk meransang hormon manusia. Kehadiran robot seperti drone pemantau atau pembunuh akan berkeliaran di setiap wilayah yang dikuasai freukensi 5G.

 
Mana mana negara yang keciciran untuk membangunkan teknologi akan dianggap ketinggalan dan lemah sehingga  diancam kehancuran, malah kekalahan lebih memihak kepadanya. Sebaliknya mana mana negara yang mengikuti pembangunan teknologi tersebut, yang terancam adalah rakyat.


PUSAT FITNAH ITU DI TIMUR


Kesemuanya ini sedang dipersiapkan dan  pusat dibangunkan teknologi ini adalah China. Pelaburan yang besar sedang diarahkan kepada China, malah China akan menguasai sebahagian besar dari kekuatan ekonomi. Semua negara seolah olah terpaksa memilih untuk mengikuti perkembangan kemajuan untuk selamat sedangkan sebenarnya menuju ke jurang kehancuran. Kesemua agenda perang sebelumnya semata mata untuk menutupi usaha yang dibangunkan oleh China. Seluruh dunia memandang ke Timur Tengah, namun serangan atau fitnah besar pusatnya adalah di Timur dan wilayah sasaran pertama juga di Timur.


FITNAH PERTAMA BERMULA DARI TIMUR


Keruntuhan akibat kehancuran Ummat Islam yang pertama akan bermula dari wilayah Islam di Timur. Indonesia, Malaysia dan Brunei merupakan sasaran utama musuh. Inilah wilayah atau bangsa yang perlu dibinasakan atau ditakluki sepenuhnya sebelum menguasai wilayah lainnya. Tiada siapa yang terlepas dari fitnah ini kerana kesemuanya mampu dikesan kedudukkan dan termasuklah segala pergerakkannya. Ianya seperti sebuah perangkap besar yang memaksa setiap individu membuat pilihan samada taat Perundangan Baru atau bersedia untuk dihapuskan kerana dianggap sebagai "Pengganas". 
"Pengganas" atau "Perosak" ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang  menentang "Sistem Perundangan Baru Dunia". Setiap individu yang disyaki sebagai "Pengganas" akan menjadi buruan. Sesiapa yang terlewat berhijrah ke "Pakistan Baru" sebelum tahun 2025,  akan terancam dan terpaksa lari ke kawasan pergununan atau pendalaman untuk menyelamatkan iman mereka.

 
Namun sebahagian besar ummat Islam akan lebih memilih untuk kekal di bandar besar kerana sudah terikat dengan  kemudahan dan teknologi. Ujian berat bagi yang masih berada di wilayah jangkauan "Fanar" samada mati dibunuh atau terpaksa menerima "Perundangan Baru" tersebut. Mereka yang menerima Perundangan tersebut perlu bersedia membunuh setiap "Perosak". Tekanan demi tekanan dilancarkan secara berterusan supaya rasional naluri sebagai manusia semakin hilang atau rosak. Perkara ini sudah mula dirasakan bahangnya, tanda ianya semakin hampir.
Tekanan demi tekanan semakin bertambah dan berterusan berlaku, sehingga mencapai kemuncaknya menyebabkan manusia akan saling berbunuhan. Ummat Islam juga turut terkesan dengan fitnah ini, timbul kecenderungan untuk membunuh namun tidak tahu alasan yang sebenar kenapa harus membunuh.

 
Inilah zaman ummat Islam menjadi kafir kerana saling membunuh sesama muslim. Paginya walaupun beriman petangnya sudah terkesan dengan fitnah lalu kafir kerana membunuh walaupun hanya seorang muslim. Teknologi untuk mewujudkan fenomena ini merupakan sebahagian dari senjata Perang Alaf Baru.


FITNAH BERLANJUTAN KE WILAYAH ISLAM DI BARAT


Kejayaan yang berlaku di wilayah Islam di Timur akan berlanjutan sehingga ke wilayah Islam kedua di bahagian Barat di Benua Afrika. Teknologi yang sama kini sedang dibangunkan oleh China di Benua Afrika. Pengkalan militer China juga sedang dibangunkan di Afrika, kebanyakkan lokasinya bersebelahan dengan Laut Merah. Dunia sekarang sudah maklum bagaimana China membangunkan benua Afrika berserta dengan keupayaan pengkalan tenteranya. Keruntuhan dan kebinasaan ummat Islam di wilayah Barat lebih parah dari di Timur. China juga akan menguasai wilayah wilayah di Benua Afrika.


Keruntuhan ummat Islam yang besar berlaku di zaman ini. Mereka yang menjaga imannya akan dibunuh sedangkan yang dibiarkan hidup merupakan golongan yang sanggup murtad atau menjadi kafir kerana membunuh. Kemusnahan dari serangan seperti ini lebih efektif, merbahaya dan lebih berkesan dari penggunaan ledakkan nuklear. Sasaran dapat ditentukan dengan tepat tanpa membahayakan penyerang dan tiada kesan radiasi yang tinggi berbanding nuklear. Wilayah sasaran dapat ditawan dengan mudah dengan tidak perlu memusnahkan wilayah yang mahu dijajah supaya sumbernya dapat dikuasai. Sebahagian besar atau hampir separuh ummat Islam akan dihancurkan  sekiranya kedua dua wilayah Timur dan Barat ini dilanda fitnah alFana. Sisanya yang selamat lari ke pendalaman atau pergunungan.


KERUNTUHAN KETIGA DI TIMUR TENGAH


Sasaran terakhir adalah wilayah ummat Islam ketiga di Timur Tengah, di Jazirah Arab, Syam dan Iraq. Kerosakkan fitnah yang berlaku di Timur tengah lebih dasyat dari di Timur dan di Barat. Kemunculan golongan khawarij di wilayah ini lebih memarahkan keadaan. Golongan ini membentuk kepimpinan tersendiri dan wilayah yang tersendiri lalu menganggap mereka adalah tentera alMahdi, sedangkan mereka sebenarnya adalah khawarij. Merekalah yang akan menguasai banyak wilayah di Jazirah Arab setelah runtuhnya Kerajaan Arab akibat Pra Perang Dunia Ketiga. Tentera mereka dikenali sebagai AsSufiani. Mereka akan menyiksa, membunuh malah sanggup membelah perut wanita yang mengandung semata mata untuk mencari alMahdi yang sebenar. Makkah dan Madinah juga tidak terlepas dari fitnah ini sehingga Madinah akan kosong dan burung hering berlegar di atas kota Madinah.
Ketiga tiga keruntuhan atau kemusnahan besar ummat Islam ini bukanlah dengan berperang melawan orang kafir. Namun setiap ummat Islam dijadikan senjata oleh musuh Islam untuk menghapuskan ummat Islam itu sendiri. Kesemua zaman ini dinamakan zaman alHaraj, zaman pembunuhan, pembunuhan dan pembunuhan.


ZAMAN KEGELAPAN UMMAT ISLAM BERLAKU SEKITAR SETAHUN.


Ummat Islam semakin kecelaruan kerana ulama akan wafat satu persatu sehingga tiada lagi tinggal ulama yang haq. Zaman ini dikenali sebagai zaman diangkatnya ilmu, kerana kebanyakkan dari ulama yang masih tersisa akan turut terbunuh atau dibunuh. Golongan pembunuh elit akan muncul semula lengkap serba hitam, mereka dinamakan AswadusSubba. Seseorang yang dianggap sebagai ulama ketika zaman tersebut, tiada kefahaman agama sehingga dirinya sesat malah akan menyesatkan lebih ramai lagi ummat Islam. Zaman Pimpinan Kesesatan ini dinamakan Ruwaibidhah.

 
Selepas ilmu dianggkat ummat Islam akan mengalami Zaman kegelapan selama satu tahun bermula sekitar tahun 2027. Ummat Islam tidak akan kalah sekiranya diserang musuh semasa adanya khalifah, namun ummat Islam akan binasa kerana berperang sesama sendiri. Malah Khalifah ummat ke11 juga akan dibunuh oleh orang Islam sendiri. Inilah sebuah kejayaan besar musuh Islam. Kebinasaan kerana dibunuh atau kehancuran kerana murtad atau kafir.


KEMUNCAK KEMUSNAHAN SEHINGGA SELURUH DUNIA DISELAPUTI PARTIKEL DEBU 


Zaman kehancuran ummat islam ini digunakan sepenuhnya oleh musuh Islam untuk bertindak memusnahkan ummat Islam. Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan ketika ianya bersatu itulah janji Allah, namun keingkaran ummat Islam untuk menerima kesatuan di bawah khalifah Islam yang kesebelas menyebabkan ummat ini dapat dimusnahkan. Dikemuncak penyesalan dan penderitaan inilah, seluruh ummat Islam dahagakan kemunculan khalifah terakhir.


Namun sebelum kemunculan semula khalifah terakhir itu, seluruh dunia akan merasakan sebuah ledakkan dalam skala yang sangat besar  yang menyebabkan berlakunya debu yang menyelaputi bumi, perkara inilah yang dinamakan adDukhan. Letupan ini akan berlaku di Timur Tengah lebih khusus berlaku di Bumi Syam yakni Palestin. Ianya adalah sebuah usaha untuk menghabisi Syam secara keseluruhan kerana Syam merupakan kubu terakhir ummat Islam di akhir Zaman.


KEMUNCULAN KHALIFAH AL MAHDI


Penderitaan ummat ini akan mendorong kemunculan AlMahdi sekitar 2028. Seorang pemimpin yang juga seorang mujaddid yang akan meyempurnakan kembali struktur Pemerintahan Rasullullah (Manhaj anNubuah) akan berhijrah dengan sebuah pasukkan ke Madinah, kemudian dari Madinah menuju ke Makkah.

 
Sebelum diangkat sebagai khalifah beliau telah menjadi mujaddid terlebih dahulu. Kini beliau bersama sama dengan kita semua. Namun kehadiran beliau sebagai mujaddid tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ummat Islam. Sama seperti khalifah dan mujaddid sebelum beliau. Kemunculan beliau sebagai mujaddid bermula pada tahun 2015. Tempoh 13 tahun adalah tugas beliau untuk membuat persiapan sebelum 2028.


Tentera AsSufiani tidak tinggal diam apabila kehadiran beliau diketahui. Sebuah pasukkan dikirimkan untuk memburu dan seterusnya membunuh calon pemimpin tersebut. Seterusnya apabila pasukkan tersebut tiba di sebuah tanah lapang, mereka akan ditenggelamkan oleh bumi. Ummat Islam yang sebelumnya tidak menerima kepimpinan beliau, mula meminta beliau sebagai pemimpin untuk ummat ini secara keseluruhan. Peristiwa itu akan membawa beliau untuk di Baiah sebagai Khalifah ke 12 yang dikenali umum sebagai Imam AlMahdi. 


ALMALHAMAH DIPIMPIN OLEH KHALIFAH ALMAHDI


Walaupun seluruh dunia mengalami krisis Perang Dunia Ketiga, Khalifah alMahdi hanya menjurus untuk pembersihan ummat Islam dari kesyirikkan dan kerosakkan oleh golongan pemberontak yang menentang khilafat. Peperangan akan tercetus di Jazirah Arab di antara Khalifah dan Khawarij, yang dikenali sebagai AlMalhamah Jazirah Arab. Seterusnya berlaku AlMalhamah di Iran terhadap golongan yang merosakkan dan memburukkan Islam. Kedua dua AlMalhamah ini untuk membersihkan Islam dari dalam supaya Islam seperti zaman Rasullullah dapat dihidupkan kembali.


AlMalhamah seterusnya akan terjadi di Konstantin Turkey bagi membebaskan Turkey dari penguasaan musuh musuh Islam, dan semua wilayah Syam. Lokasi peperangan berlaku samada disekitar Dabiq atau Amaq. Peperangan ini juga bertujuan untuk menguasai semula sumber air yang dikuasai oleh musuh. Sumber air yang dimaksudkan adalah Empangan Euphurates. 


Malah peperangan ini sebenarnya tercetus di antara ummat Islam dan bukan Islam kerana tuntutan musuh Islam untuk meminta menyerahkan kembali 70,000 tentera keluar dari kesatuan musuh lalu memeluki Islam. Setelah kemenangan berlaku di Konstantin, Islam telah berjaya dibersihkan sepenuhnya dari gerakkan yang mencemarkan agama Islam. 


Islam kembali dikenali dan tersebar ke seluruh dunia yang sebelumnya maruah dan imej Islam dirosakkan. Kejayaan di Konstantine menunjukkan jaminan keselamatan yang telah ujud pada pemerintahan Islam. Dengannya ramai yang berpihak dan mula memasuki Islam beramai ramai. Sebaliknya keadaan fitnah berterusan mendorong golongan munafiq terpaksa berpihak kepada golongan kafir untuk mendapatkan jaminan perlindungan dari ancaman Khalifah alMahdi. Suasana untuk mendapatkan jaminan keselamatan inilah akhirnya terjadi jelas perbezaan antara golongan yang beriman dan tidak beriman. 


Zaman tersebut setiap individu masing masing akan mencari tempat untuk berlindung dan bernaung, samada memihak kepada muslimin atau musyrikin. Keadaan pemisahan antara ummat Islam dan golongan musyrikin akan menjadi semakin jelas setiap hari dan akan terusan selama tujuh bulan selepas AlMalhamah Konstantine. Sehinggalah kemuncak di akhir tujuh bulan tersebut telah jelas terpisah dua golongan, di antara golongan muslimin dan musyrikin. Keadaan ini dinamakan kemuncaknya Duhaima.

bersambung insyaAllah....

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته