السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala pujian bagi Allah ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Shalawat dan salam untuk Baginda ﷺ
KEMUNCAK FITNAH DUHAIMA ADALAH TANDA MUNCULNYA FITNAH DAJJAL
Saat saat akhir sebelum munculnya Dajjal, akan muncul tanda besar yang akan menutup pintu taubat iaitu "Terbit Matahari Dari Barat". DabbartulArd pula muncul seiringan dengan Dajjal, samada seketika sebelum, atau seketika selepasnya. Tiga tanda besar ini muncul beriringan di antara satu dengan yang lainnya. Mana satu pun yang muncul terlebih dahulu atau salah satu dari Tiga Tanda Besar ini muncul, iman yang baru dibina sudah tidak memberi erti lagi.
Oleh kerana itulah usaha atas iman perlu disempurnakan sebelum tanda ini dizahirkan oleh Allah. Apabila pintu taubat telah tertutup tiada lagi peluang atas hidayah untuk sesiapa pun. Hati manusia yang telah memilih kekufuran tidak akan kembali kepada keimanan. Ini kerana sekiranya ujian sebelumnya tidak dapat ditempohi, ujian berikutnya yang akan datang lebih besar yakni Fitnah Dajjal. Dajjal muncul dikemuncak fitnah adDuhaima pada hari terakhir atau keesokan harinya. Zaman ketika sudah jelas terdapat pemisahan di antara dua golongan, yakni mukmin dan musyrikin.
KEMUNCAK PERANG DUNIA KETIGA
ALMALHAMAH QUBRA
ALMALHAMAH QUBRA PERTAMA
Kemuncak Perang Dunia Ketiga akan dimulakan kembali dengan kemunculan Raja Perang yang dinamakan alMasekh Dajjal pada tahun 2029 iaitu sekitar 7 bulan selepas kemenangan di Konstantin. Peperangan ini berlaku sebaik sahaja kemunculan Dajjal yang marah kerana kebangkitan semula ummat Islam yang disatukan oleh Khalifah atas Manhaj anNubuah. Terdapat hanya dua golongan ketika itu satu golongan memihak kepada Khalifah AlMahdi dan satu golongan musyrik dan kafir pula akan memihak kepada Dajjal.
Negara Pakistan berjaya menghidupkan kembali sistem Islam sama seperti zaman Rasullullah yang tidak terikat kepada sistem yang dibangunkan oleh Dajjal. Sedangkan hampir kesemua wilayah di dunia kecuali yang berada di bawah kepimpiman Khalifah alMahdi telah dikuasai oleh sistem yang dibangunkan oleh Dajjal. Kejayaan ini membuatkan sistem Islam diterima pakai dan ianya merupakan ancaman untuk keruntuhan sistem Dajjal yang sepatutnya disambut sebagai "The New Melenium" pada 2030.
Dajjal bersama 70,000 tentera elitnya berbangsa Yahudi Isfahan membuat serangan secara besar besaran ke atas pasukkan Islam yang dipimpin oleh Khalifah AlMahdi. Dajjal muncul dari wilayah Khurasan, manakala Pakistan Baru adalah medan utama untuk dimusnahkannya, seterusnya serangan akan menyebar keseluruh dunia. Tiada wilayah yang selamat dari ancaman penguasaan Dajjal. Khalifah AlMahdi akan memerangi Dajjal yang berusaha untuk menyesatkan orang Islam yang masih beriman.
Kekuatan tentera Islam jauh lebih rendah berbanding kehebatan teknologi yang dibawa oleh Dajjal dan tenteranya. Peperangan Besar yang dipimpin oleh Dajjal untuk menguasai seluruh ummat manusia dinamakan Almalhamah Qubra menentang Dajjal. Inilah perang yang paling terburuk terhadap ummat Islam. Khalifah AlMahdi dan tenteranya akan mengalami kekalahan yang teruk. Akibat dari Peperangan ini sebahagian besar dari ummat Islam akan terkorban. Bakinya terpaksa bersembunyi menyelamatkan diri.
Ummat Islam perlu melarikan diri untuk menyelamatkan iman mereka semasa Zaman Pemerintahan Dajjal. Tiada tempat yang selamat untuk ummat Islam melainkan berada di empat tempat iaitu Kota Makkah, Kota Madinah, Kota Aqsa dan Thur. Dajjal tidak dapat memasuki empat tempat tersebut. Selain dari tempat tersebut, Dajjal berkemampuan untuk pergi ke mana sahaja. Malah tempat yang didatanginya, penduduk muslimnya akan menerima ujian yang sangat berat. Kebanyakkan akan menjadi kafir untuk mengikuti Dajjal, melainkan sedikit yang sanggup syahid dibunuh kerana mempertahankan iman mereka. Mereka yang tidak dapat menuju tempat tersebut melarikan diri ke gunung gunung untuk bersembunyi.
Tempat yang paling ramai ummat Islam ketika zaman ini adalah di Kota Madinah. Ini kerana ianya merupakan kota yang telah dipersiapkan Allah untuk ummat Islam semasa zaman Dajjal. Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah kerana di setiap pintu masuknya dijaga oleh malaikat yang menghunuskan pedang. Dajjal yang tidak berputus asa menyesatkan ummat menjadikan Bukit Garam sebagai istananya. Dajjal akan menyeru dengan seruan dan hentakkan sehingga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat sifat kemunafikkan akan keluar dari kota Madinah menuju ke istana Dajjal.
DAJJAL
Dajjal hanya manusia biasa, namun dia diberikan keistimewaan dan bekerjasama dengan Iblis untuk menyesatkan manusia. Dajjal adalah "Raja Perang" yang menjadi kebanggaan "Pengatur Dunia Baru". Dajjal akan membuat pelbagai tipudaya dan tipu dayanya yang terbesar adalah mengakui dirinya tuhan. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut sejati menganggap Dajjal sebagai Tuhan, manakala seluruh syaitan akan tunduk taat kepada setiap perintah Dajjal.
Dajjal tidak buta, mata kanannya a'war yakni mengalami kecacatan mata. Sedangkan tidak layak bagi tuhan itu bersifat cacat. Kecacatan tersebut mengakibatkan matanya rabun dan memakai kaca mata hijau berteknologi "AI" di mata kanannya. Ia membawa teknologi ilusi yang dinamakan sihir moden. Teknologi sains yang dibawa oleh Dajjal itulah sihir yang dapat menyebabkan manusia menjadi ghairah dan sangat kagum. Malah teknologi ilusi "Virtual Reality" yang dibawanya sangat menggoda manusia yang lemah imannya, baik lelaki maupun wanita.
Kemunculan Dajjal seolah olah untuk menyelamatkan dan membebaskan manusia dari semua undang undang Tuhan, namun hakikatnya menjadikan manusia sebagai hambanya. Manusia yang mengikutinya bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan nafsunya. Perempuan dan harta kekayaan adalah senjata utamanya untuk mempengaruhi jiwa manusia. Sesiapa yang mengikuti fitnah Dajjal akan sesat lalu kafir di sisi Allah dan tiada diterima taubatnya setelah itu.
Dajjal juga menguasai cuaca dengan teknologi yang dibina olehnya. Sekiranya tempat atau negara yang disinggahinya tunduk taat, maka diperintahkan langit menurunkan hujan lalu hujan pun turun dan diperintahkan bumi untuk subur maka bumi pun subur mengeluarkan tanaman. Begitu pula sebaliknya mana mana tempat atau negara yang tidak tunduk taat kepadanya, maka diperintahkan bumi dan langit sehingga jadilah kemarau dan kering kontang. Suasana ini mengakibat rakyat tempat tersebut akan saling memaksa manusia untuk tunduk dan taat kepada Dajjal.
Kebuluran zaman kemarau yang panjang menyebabkan manusia tunduk untuk terus hidup. Dajjal membawa makanan dan minuman yang sangat banyak semasa seluruh dunia sedang kebuluran. Seluruh orang kafir akan tunduk kepadanya demi kerana keperluan makanan dan minuman.
Dia diberi izin oleh Allah untuk menghidupkan orang yang telah dibelah mati, ataupun yang sudah ditanam di dalam kubur. Membawa fitnah berupa syurga, barang siapa memasukinya akan dimasukkan Allah ke dalam neraka Allah dan tiada diizinkan syurga oleh Allah. Begitu pula sesiapa yang memasuki nerakanya, akan dimasukkan syurga dan diharamkan neraka oleh Allah.
Dajjal, di antara dua matanya tertulis kalimat كافر yakni kafir dan seluruh orang yang beriman dapat melihatnya. Namun semua manusia yang tidak beriman akan tunduk kepadanya malah menganggap dia sebagai tuhan. Mereka tidak akan membunuh melainkan dengan izin Dajjal. Sebaliknya orang yang beriman akan diuji keimanannya. Iman sempurna diusahakan sebelumnya akan tetap terpelihara walaupun terpaksa mati atau disiksa. Tempoh zaman pemerintahan alMasekh Dajjal (Penyelamat Palsu) sekitar satu tahun dua bulan dan dua minggu, namun hakikatnya peredaran matahari hanya 40 hari.
PEMBUNUHAN DAJJAL DAN BANGSA YAHUDI
Tiada kekuatan ketenteraan di dunia yang mampu mengalahkan Dajjal apalagi untuk membunuhnya. Namun Dajjal akan di bunuh oleh Nabi Isa di Babul Lud, Palestine. Nabi Isa turun dari langit dengan menyandang di antara dua bahu malaikat di menara Putih, sebuah masjid di Damaskus, Syiria, Wilayah Syam.
Selepas kematian Dajjal seluruh bangsa Yahudi akan dibunuh di Palestin dan di mana sahaja mereka berada. Inilah masanya dunia dibersihkan dari bangsa Yahudi. Seluruh ummat Islam diperintahkan untuk membunuh Yahudi di mana sahaja mereka berada, sehingga batu dan pohon juga memberi tahu kedudukan Yahudi kecuali pohon Gharqad.
ALMALHAMAH QUBRA KEDUA DI VATICAN EROPAH
AlMalhamah Qubra yang kedua merupakan pertempuran terhadap kesepakatan kelompok yang menjalankan arahan "Pengatur Dunia Baru" yang berpusat di Rom Vatican Eropah. Sebahagian mereka mengaku sebagai Yahudi Zionis (Ashkanaz) dan sebahagian lagi Kristian Khatolik. Namun mereka sebenarnya bergerak sebagai "Freemanson dan Illuminiti". Merekalah yang bertanggungjawab melancarkan fitnah besar seluruh dunia. Fitnah dari mereka merosakkan seluruh manusia termasuk menguasai penganut Kristian sendiri. Turunnya Nabi Isa as dapat menyedarkan golongan Nasrani (Orthodok) bahawa Agama mereka telah dikuasai dan dimanipulasi oleh Vatican. Rum lalu bergabung dengan ummat Islam, berperang dengan kelompok Knight Hospital dan Knight Templar yang dibangunkan dengan wajah baru yang dinamakan "Cantus". Peperangan Besar ini juga berjaya menghapuskan Sistem "Arahan Benedictine".
Peperangan ini dinamakan Almalhamah Qubra di Rom Eropah. Gabungan ummat Islam dan Kristian Orthodok Rum Russia akan memenangkan peperangan tersebut. Sejumlah harta ghanimah yang sangat besar dihimpunkan selepas peperangan ini.
ALMALHAMAH QUBRA KETIGA RUM RUSSIA
Selepas kemenangan tersebut, Bangsa Asfar (Rum Russia) akan memasuki Lembah Magiddo, lokasinya berada berhampiran Galilea di bahagian Utara Palestin, Wilayah Syam. Jumlah tentera Rum ketika ini terlalu ramai berbanding tentera Islam. Mereka akan membentuk 80 pasukkan dan setiap pasukkan militer tersebut terdiri dari 10,000 hingga 12,000 anggota. Berlaku perselisihan sehingga Nabi Isa diangkat sebagai Hakim. Walaupun sudah diturunkan Nabi Isa as untuk mematahkan salib, ianya tidak diterima oleh sebahagian besar Kristian Orthodok. Ketika berlakunya perselisihan tersebut menyebabkan Nasrani Rum Russia membatalkan perjanjian dengan Islam sehingga terjadinya AlMalhamah Qubra Ketiga.
Peperangan ini dinamakan AlMalhamah Qubra Rum. Ianya berbeza dengan AlMalhamah Konstantin yang berlaku sebelum munculnya Dajjal. Nama lembah inilah yang diambil untuk peperangan ini. Ahli kitab menamakan peperangan ini sebagai Peperangan di Lembah Armageddo, di antara golongan jahat dan golongan yang baik, di zaman milenium.
Ketiga tiga Peperangan Besar atau AlMalhamah Qubra inilah merupakan kemuncak Perang Dunia Ketiga.
SERANGAN TERAKHIR TERHADAP UMMAT ISLAM
Ummat manusia semenjak kemunculan Dajjal hanya tinggal dua golongan iaitu beriman dan tidak beriman. Akibat dari peperangan demi peperangan, populasi ummat Islam hanya tinggal sedikit. Sedangkan masih terlalu ramai lagi musuh musuh Islam yang telah menjadi pengikut atau tentera Dajjal yang masih bertebaran seluruh dunia. Serangan yang terakhir musuh Islam akan dilakukan secara beramai ramai. Serangan terakhir Perang Dunia Ketiga ini dikenali sebagai Dibukakan Kemenangan Bagi Yakjuj dan Makjuj. Sebagai peringatan, serangan ini berlaku sekitar 2030, insyaAllah. Semoga Allah memelihara kesemua ummat Islam yang hanya tinggal sedikit.
Setelah kekalahan Rom Vatican dan Rum Russia, ianya merupakan tanda bahawa ummat Islam akan mula diserang oleh Bangsa Yakjuj dan Makjuj secara keseluruhan. Bangsa Ashkanaz (Zionis) dan Kievan Rus' juga merupakan sebahagian dari Bangsa Yakjuj dan Makjuj. Namun Allah tidak mengizinkan mereka menang di dalam kedua dua peperangan sebelumnya. Keizinan Allah seperti janji Allah bahawa apabila mereka kesemuanya bersepakat menyerang ummat Islam secara serentak dari perbagai arah.
YAKJUJ DAN MAKJUJ ADALAH MANUSIA BIASA DINDINGNYA SUDAH LAMA RUNTUH.
Yakjuj dan Makjuj merupakan bangsa manusia keturunan Adam as. Nama ini merupakan panggilan kepada sebahagian bangsa dari keturunan Turk yang mempunyai dendam dan sangat ganas ketika menyerang kelompok selain darinya. Walaupun kesemua Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Turk, namun tidak semua keturunan Turk adalah Yakjuj dan Makjuj. Turk adalah panggilan atau nama kuniat bagi Yafith bin Nuh as.
Dinding yang dibina tersebut telah mula berlubang semasa zaman Rasullullah dan telah runtuh binasa hampir seribu tahun yang lalu. Sehari yang bersamaan seribu tahun mereka telah bersama dan berbaur dengan manusia lainnya menunggu peluang dan masa dibukakan kemenangan untuk mereka menguasai seluruh manusia. Dendam mereka berterusan dan matlamat mereka adalah untuk menentang dan merampas tahta Tuhan.
KEMENANGAN YAKJUJ DAN MAKJUJ
Allah menjanjikan kemenangan dengan digunakan kalimat Dibukakan Yakjuj dan Makjuj" untuk menguasai seluruh dunia. Serangan ini dipimpin oleh Bangsa China dengan idealogi untuk merampas "Tahta Tuhan". China akan memimpin seluruh manusia yang berada di bawah pengaruhnya. Sebahagian besar Bangsa Qaturah juga akan menjadi sekutu mereka. Bangsa Qaturah adalah sebahagian dari Bani Jawi yang membuat perikatan dengan China, sebahagian besar dari mereka menjadi kafir semasa berlakunya zaman alHaraj.
Ketika serangan ini berlaku manusia masih berada di zaman kebuluran kerana kemarau panjang, begitu jugalah yang dialami oleh Yakjuj dan Makjuj. Makanan hanya diperolehi semasa zaman pemerintahan Dajjal. Kematian Dajjal menyebabkan mereka juga kehabisan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Yakjuj dan Makjuj akan makan dan minum apa sahaja yang dijumpai yang boleh dimakan, termasuklah manusia itu sendiri. Serangan ini adalah serangan mereka untuk terus hidup. Silalah hitung, sekiranya seluruh penduduk dunia yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj itu menyerang, setiap negara seumpama hidangan untuk mereka untuk beberapa hari yang pendek.
Ummat Islam juga tidak diperintahkan untuk berperang atau menyerang mereka apabila mula diistiharkan oleh Allah tentang Kemenangan Yakjuj Makjuj ini. Tiada tempat selamat bagi ummat Islam ketika serangan terakhir ini. Satu satunya tempat yang selamat bagi ummat Islam adalah berada bersama dengan Nabi Isa as di Syam. Ummat Islam mesti pergi ke sana, dan kesemuanya akan melarikan diri ke Gunung Thur. Sebahagian dari penempatan ummat Islam yang masih ramai, akan dihantar pasukkan penyelamat untuk membawa mereka ke Syam. Api akan mengiringi jemaah tersebut untuk selamat tiba di Syam. Itulah tempat perlindungan terakhir untuk ummat Islam, sebelum dikabulkan doa Isa as untuk membantu seluruh ummat Islam di saat genting.
Yakjuj dan Makjuj akan tewas atas bantuan Kudrat Allah, inilah yang dijanjikan Allah atas ummat ini. Zaman meraikan kemuncak kemenangan mereka, merupakan zaman kemusnahan bagi mereka. Kemusnahan mereka ini berlaku di bahagian akhir tahun 2030. Selepas bantuan Allah untuk menghapuskan golongan bathil ini, ummat Islam akan menghadapi zaman kegemilangan dan kedamaian serta keadaan agama kembali disempurnakan semula persis keadaan semasa Zaman Rasullullah saw.
Semasa zaman ini dunia keseluruhannya diperintah di bawah cara pemerintahan Islam dengan adil. Sistem pentadbiran Islam bukan sahaja berlaku di Pakistan, malah Negara Arab dan seluruh dunia menjalankan sistem pentadbiran Islam. Keamanan dan kemakmuran tersebar ke seluruh dunia, bukan sahaja manusia bahkan haiwan juga turut merasakannya. Bumi dan langit mengeluarkan keberkahannya, sehingga seluruh manusia menikmati kesan rahmat Allah, berakhirnya zaman kesusahan dan kebuluran.
Ummat Islam hidup dengan kaya raya, kerana khalifah alMahdi tidak menyimpan khazanah. Harta diagih agihkan sehingga kesemua rakyat mendapat haq masing masing. Malah seluruh ummat Islam berlumba lumba untuk bersedakah dan berzakat. Sayangnya ketika itu sangat sukar untuk menjumpai orang yang mahu menerima sedeqah maupun zakat. Zaman itu sekiranya datang seseorang untuk meminta, orang tersebut akan terus kaya dengan mendadak kerana apabila diketahui umum, semua orang Islam yang kaya akan berlumba untuk menyempurnakan hajat orang tersebut.
Tempoh ini berlangsung sekitar tujuh tahun sebelum ummat Islam yang masih hidup akan ditamatkan kehidupannya secara menyeluruh. Sekitar tahun 2037 Masehi, merupakan tahun yang dinanti nantikan oleh setiap ummat Islam agar mereka diterima dengan kematian akibat tiupan angin yang mencabut nyawa seluruh ummat Islam secara serentak. Angin tersebut akan mencabut nyawa setiap orang walaupun padanya ada iman sebesar zarah atau biji sawi. Inilah rahmat Allah untuk seluruh ummat Islam.* Rujuk artikel 2037 tahun berakhirnya Umur Umat Islam.
ZAMAN MANUSIA SETELAH KEMATIAN SELURUH UMMAT ISLAM.
Manusia yang masih hidup selepas nyawa seluruh ummat Islam dicabut, adalah yang tidak beriman walaupun hanya sebesar biji sawi. Kebanyakkannya dari keturunan Ham bin Nuh as. Selepas kejadian tersebut mereka akan menguasai Makkah lalu mengambil khazanah yang ada padanya, dan Kaabah akan diruntuhkan. Mereka merupakan bangsa yang memiliki dua betis yang rengang, dan botak kepalanya, yang dipanggil Zu al-Suwaqatain. Bangsa yang tidak pernah menguasai dunia akan menguasai dunia di saat akhir sebelum kiamat.
Namun ketika zaman ini berlangsung, tiada tinggal lagi ummat Islam walaupun seorang. Maka janganlah berdoa untuk masih hidup lagi di zaman ini. Inilah zaman manusia yang masih hidup merupakan seburuk buruk manusia. Mereka akan melakukan maksiat secara terang terangan tanpa segan silu. Minum arak, berjudi dan berzina terang terangan di khalayak umum. Malah semasa kemuncak kesesatan syaitan akan mengajarkan manusia cara untuk bertambah kaya dengan menyembah patung dan gambar.
Ketika inilah patung dan gambar orang yang sebelum mereka digunakan untuk disembah. Keadaan yang sama akan berlaku seperti mana patung orang soleh seperti Wad, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang merupakan anak Nabi Adam sendiri dijadikan patung sembahan, walaupun mereka merupakan orang yang soleh. Sekiranya segala patung atau gambar yang ada sekarang ini tidak dihapuskan ianya juga turut akan digunakan sebagai alat sembahan. Inilah tipu muslihat iblis untuk mensabitkan umat islam terhadap fitnah syirik akhir zaman.
Sayangnya ketika itu, kita tiada lagi untuk menghalang patung atau gambar kita dijadikan sembahan. Membiarkannya bererti kita membiarkan perkara ini berlaku ke atas patung dan gambar kita sendiri. Sekaranglah masanya segala bentuk patung dan gambar yang tidak perlu, mesti dihapuskan terutamanya yang menjadi milik kita sendiri. InsyaAllah.
BERLAKUNYA QIAMAT
Hari berlakunya Qiamat tidak diketahui oleh sesiapa pun, melainkan hanya diketahui oleh Allah. Allah telah memberikan tanda tanda sebelum berlakunya Qiamat, dan setelah dicabut nyawa orang beriman maka tiada lagi orang yang akan mempercayai peringatan Allah. Tiada lagi berguna peringatan kerana tiada lagi iman. Maka inilah seburuk buruk manusia yang akan mengalami "Hari Hentaman". Bumi dan segala isinya akan mengalami hentaman yang sangat dasyat dari langit.
Segala janji Allah di dalam Quran ketika itu akan berlaku. Tiupan sangka kala pertama yang akan melayangkan gunung ganang bak kapas berterbangan. Bahkan seluruh cakerawala dan apa sahaja yang wujud di bawah arasy Allah akan berlanggaran dan hancur sehancurnya. Ketujuh tujuh lapisan langit juga akan dimusnahkan.
Tiada lagi kehidupan, seluruh yang hidup termasuk malaikat juga akan dicabut nyawanya. Malah Malaikat peniup sangka kala juga dicabut nyawanya, begitu juga malaikat Israil malaikat pencabut nyawa juga diperintahkan untuk mencabut nyawanya sendiri. Inilah permulaan Hari Akhirat yang dinamakan Hari Kehancuran.
Tidak diketahui bila hari tersebut berlaku, hanya Allah yang mengetahui rahsia ini. Hari tersebut tiba apabila tiada lagi kalimat Allah Allah Allah disebutkan lagi oleh manusia. Dunia keseluruhan sudah tiada nilai di sisi Allah itulah saatnya Qiamat. إن شاء الله
" والله أعلمُ بالـصـواب "
