Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan Salam untuk baginda saw
Semasa keturunan Rasullullah yang dinantikan menjadi pemuda alMahdi muncul, beliau tidak dikenali, dihina, dizalimi dan akhirnya diusir. Walaupun tanda dan ciri-ciri kemunculan beliau telah dinyatakan, keadaan ini pasti berulang. Beliau akan menempuhi tertib sama seperti mujaddid-mujaddid terdahulu.
Berdasarkan janji Rasullullah, setiap seratus tahun muncul seorang mujaddid yang membawa kembali ummat kepada kehendak Allah. Maka seratus tahun kebelakangan dari sekarang apakah kita jelas mengenali siapakah mujaddid tersebut. Siapakah orangnya pun tidak diketahui, sangat sangat sadis sekali. Apakah ummat ini mengetahui apakah kehendak Allah itu dan sudahkah kehendak Allah itu dipenuhi.
Seolah sebuah tertib, setiap kali kemunculan mujaddid ummat sedang mengalami keruntuhan agama yang tidak disedari. Ini bererti ketika kemunculannya kita juga mengalami keruntuhan agama yang tidak kita disedari. Tanyalah diri masing masing, kerana setiap dari kita akan ditanya tentang ini. Tidak perlu menunding jari menyalahkan sesiapa.
Ketahuilah bahawa seluruh para rasul merupakan mujaddid dari kalangan para nabi. Setiap kali rasul diutuskan tugasnya untuk mengembalikan umat manusia yang mengalami keruntuhan agama dalam keadaan yang tidak sedar. Mereka diusahakan supaya kembali semula untuk memenuhi kehendak Allah.
Kewafatan Rasullullah saw merupakan penutup sekalian anbia, namun bukan penutup sekalian mujaddid. Mujaddid dipilih oleh Allah dari kalangan umat Muhammad saw mengikut kehendak Allah bukan kehendak manusia. Tidak sesekali tugas dan peranan mujaddid tersebut ditamatkan. Ianya tetap diutuskan oleh Allah setiap seratus tahun kerana sayangnya Allah pada manusia, khususnya umat Rasullullah saw.
Kini, mujaddid terakhir telah dipilih oleh Allah merupakan keturunan dari Rasullullah saw sendiri. Kelak, beliau akan menjadi khalifah bagi umat ini apabila tiba masanya. Mengapakah kita membiarkan keturunan Rasullullah berusaha sendirian sehingga kita sendiri tidak kenal ada di antara mereka adalah alMahdi yang dipilih oleh Allah. Inilah bukti kelemahan dan keruntuhan umat namun masih tidak disedari. Sikap ini akan menyebabkan beliau dihina, dizalimi. Malah sekiranya kita terus tidak berusaha untuk mengenali dan membantu beliau, kita sendiri yang akan tega melihat keturunan Rasullullah saw ini diusir dari tempat tinggalnya.
Perkara ini akan berterusan sehingga beliau dibawa untuk berjumpa dengan seseorang yang akan menyebabkan beliau dimuliakan kembali oleh ummat. Beliau merupakan seorang khalifah yang akan menyerahkan kepimpinan yang beliau pikul kepada AlMahdi. Sekiranya mujaddid sebelum alMahdi tidak dikenali, tidak hairan keberadaan khalifah ini juga tidak disedari dan dikenali. Tambahan pula struktur kekhalifahan atas Manhaj anNubuah telah berlalu lebih 1260 tahun, sehingga dihidupkan semula. Ketika ummat sudah tidak mengenali Manhaj anNubuah apabila ianya dihidupkan semula, kita sedang saksikan sendiri agama yang asalnya kelihatan asing kini kembali menjadi asing semula.
Peranan utama Mujaddid sebelum Al-mahdi untuk menghidupkan semula Struktur Khalifah atas Manhaj anNubuah. Hanya alMahdi yang diislahkan dalam tempoh 1 malam, sedangkan ummat ini secara umum perlu dipimpin dan diusahakan. Ummat ini akan dipimpin oleh 12 orang khalifah, dan kesemuanya adalah Quraisy. Satu persatu akan diangkat sebagai khalifah ummat berdasarkan kehendak dan keputusan Allah. Telah berlalu Fasa -1 Khalifah atas manhaj anNubuah seramai 5 orang khalifah, untuk tempoh 30 tahun semasa zaman sahabat. Kini, Fasa Ke-2 khalifahan atas manhaj anNubuah telah dihidupkan semula, telah berlalu 5 orang lagi khalifah. Maka yang sedang berlangsung sekarang ini adalah zaman khalifah yang ke-11. Khalifah yang terakhir pula adalah alMahdi yang berperanan sebagai mujaddid.
Tanggungjawab bagi sesiapa yang mengenali alMahdi untuk membantu membawa beliau kepada khalifah tersebut. Khalifah yang sedang memimpin sebahagian besar dari umat Islam ini sedang menjalankan usaha menuntut kebaikan untuk dipikul oleh setiap orang Islam. Namun kebanyakan orang tidak menghiraukan permintaan tersebut. Keadaan ini berterusan sehinggalah Panji Panji Hitam dimunculkan semula di antara Khurasan dan Tempat Terbit Matahari oleh khalifah tersebut atas permintaan dari alMahdi sendiri.
Namun perkara ini, kita anggap sesiapa sahaja layak atau mampu mengibarkan panji hitam tersebut sebagai sebuah lambang. Hakikatnya yang layak memunculkan semula Panji Hitam adalah seorang yang dipilih oleh Allah sebagai Mujaddid bukan pemimpin biasa. Khalifah khalifah setelah kewafatan Rasullullah saw sendiri tidak berani mengibarkan panji hitam tersebut dengan sewenangnya, melainkan jemaah tersebut telah dibentuk sendiri oleh Rasullullah saw atau oleh ahlul bait. Kini hanya mujaddid alMahdi yang berhaq untuk kembali memberikan kebenaran mengibarkan Panji Hitam tersebut. Oleh kerana itulah khalifah tersebut selama ini hanya menyediakan persiapan untuk membantu alMahdi bukan mengibarkan panji yang menjadi haq alMahdi sebagai seorang Mujaddid.
Golongan inilah yang perlu dijumpai oleh AlMahdi, untuk mengizinkan mereka mengibarkan semula Panji Hitam yang pernah dikibarkan oleh Rasullullah sebagai tanda kemunculan semula Mujaddid alMahdi. Maka sekiranya terdapat mana mana golongan yang mengibarkan panji tersebut samada hitam atau putih, mereka merupakan golongan yang menggunakan nama Rasullullah saw untuk kepentingan tertentu. Mereka perlu bertaubat, sebab itu bukanlah haq mereka untuk mengibarkannya. Itu adalah Haq Rasullullah dan khalifah ahli bait termasuklah AlMahdi.
Apabila Panji Hitam yang sebenarnya dikibarkan semula oleh golongan tersebut dengan ijazat keizinan dari AlMahdi, maka golongan ini akan mula diperangi. Ianya diperangi kerana musuh Islam sedar maksud sebenar Panji Hitam tersebut. Golongan ini tidak berperang sebelumnya dan tidak menginginkan peperangan. Ini kerana golongan ini hanya meneruskan tertib dan amanah yang ditentukan oleh mujaddid sebelum mujaddid terakhir AlMahdi. Panji Hitam dikibarkan semula sebagai tanda kemunculan alMahdi. Secara umum tidak sedar akan tujuan sebenar Panji Hitam, melainkan hanya golongan yang sedikit. Maka perkara pasukan Panji Hitam yang berperang di akhir zaman masih belum terjadi. Apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah kesalahan fahaman kerana menegakkan Panji Hitam bukan pada masa dan haknya.
Walaupun sebelumnya golongan ini tidak dikenali sebagai golongan yang pernah menyertai mana mana peperangan, golongan ini akan diperangi. Insya-Allah bantuan Allah akan turun kerana janji Allah berserta golongan yang membantu agama Allah. Rasullullah saw menjanjikan kemenangan dalam peperangan tersebut. Peperangan yang dimaksudkan adalah Ghazwah Hind. Mereka tidak akan memulakan peperangan. Maka, wahai musuh musuh Allah janganlah kalian perangi mereka, kerana mereka tidak akan dapat dikalahkan. Hanya inilah satu satu cara untuk melihat kedamaian di dunia. Semua manusia inginkan kedamaian, dan kedamaian itulah yang sepatutnya dicapai.
Sebaliknya apabila kalian melihat panji hitam mula dikibarkan oleh seorang khalifah, maka bererti ianya telah mula diperangi. Maka sertailah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Itu merupakan tanda bahawa alMahdi berada bersama mereka. Bahkan Rasullullah saw juga turut serta, kerana itulah maksud Ghazwa. InsyaAllah semua sedia bersama dengan Rasullullah walaupun kita tidak melihat zahirnya.
Sedarlah Ghazwah Hind, berlaku sebelum pembukaan Baitul Maqdis, manakala pembukaan Baitul Maqdis 6 tahun sebelum AlMahdi diangkat menjadi imam untuk ummat. Setelah kemenangan di Ghazwah Hind dan Pembukaan Baitul Maqdis barulah Pakistan akan dibangunkan. Ketika itu Pakistan memencilkan diri dari Pra Perang Dunia ke3, bagi membina Pakistan dengan cara yang dipimpin oleh alMahdi. Setelah contoh negara Islam baru dapat dibangunkan semula barulah alMahdi akan diangkat menjadi Khalifah. Insya-Allah sekitar tahun 2028.
Sebelum tahun tersebut, kita semua akan berdepan dengan dua calon pemimpin. Satu yang sedang memimpin yakni khalifah dari Bani Tamim dan yang satu lagi adalah alMahdi. Oleh kerana tiada dua khalifah bagi mukminin dalam satu masa, maka kepimpinan tersebut perlu diteruskan oleh pemimpin yang awal. Perintah Rasullullah untuk taat kepada pemimpin yang awal apabila keadaan ini terjadi. Walaupun ketika Ghazwah Hind, khalifah yang awal akan menyerahkan kepimpinannya kepada alMahdi, namun ianya ditolak kerana masanya masih belum tiba. Apabila taqdirnya telah tiba ummat ini akan dipimpin oleh khalifah yang terakhir iaitu alMahdi.
Kedua dua tokoh tersebut telah wujud, dan sedang menjalankan peranan masing masing. Sayangnya kedua dua tokoh itu tidak dikenali oleh umum. Walaupun begitu, mengenalkan kedua dua tokoh itu mengundang ancaman untuk mereka, bahkan keluarga dan orang terhampir dengan mereka. Sebaliknya mendiam perkara ini ummat secara umum sedang di dalam kegelapan sehingga tidak kenal mana yang haq dan mana yang bathil.
Sedarlah wahai saudara saudaraku seluruh alam. Kita sudah berada di fasa terakhir, fasa zaman Khilafah atas Manhaj anNubuah. Fikirkanlah keadaan ummat ini, usahakan untuk selamatkan umat ini dari fitnah, dan ajaklah mereka kembali kepada mansya Allah dan kepada mansya rasulNya serta taat kepada amir yang dipilih oleh Allah. Bawalah hala tuju ummat ini kembali kepada Khalifah yang Haq sesuai dengan masanya.
Wahai manusia, kasihanilah seluruh bangsa manusia tidak kira apa kefahaman atau agamanya. Ini kerana kita semua adalah ummat Rasullullah saw. Hanya orang bathil yang keras hatinya tergamak memerangi kita yang berusaha untuk keselamatan umat. Sampaikanlah kasih Allah kepada semua manusia, dan kembalilah kepada Allah serta janganlah melakukan perkara yang syirik atau menghampiri syirik.
Artikel ini hanyalah sebuah peringatan, dari orang biasa biasa. Rujuklah perkara ini kepada ulama kalian dengan membawa sebuah hadith yang disertakan di bawah ini. Merekalah yang lebih layak untuk mengupas hadith tersebut, bukannya seperti peringatan yang dikemukakan oleh orang biasa biasa seperti saya. Hadith tersebut ini merupakan kunci dan awal mula untuk memahami sebahagian besar hadith hadith akhir zaman, insya-Allah. Harapan saya jangan peristiwa kedua mata Rasulullah berair berkaca tidak berulang seperti mana hadith tersebut. Insya-Allah. Semoga Allah mengampuni saya keseluruhannya.
Hadith berikut ini diriwayatkan oleh imam ibnu Majah. insya-Allah
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ صَالِحٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَقْبَلَ فِتْيَةٌ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ فَلَمَّا رَآهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْرَوْرَقَتْ عَيْنَاهُ وَتَغَيَّرَ لَوْنُهُ قَالَ فَقُلْتُ مَا نَزَالُ نَرَى فِي وَجْهِكَ شَيْئًا نَكْرَهُهُ فَقَالَ إِنَّا أَهْلُ بَيْتٍ اخْتَارَ اللَّهُ لَنَا الْآخِرَةَ عَلَى الدُّنْيَا وَإِنَّ أَهْلَ بَيْتِي سَيَلْقَوْنَ بَعْدِي بَلَاءً وَتَشْرِيدًا وَتَطْرِيدًا حَتَّى يَأْتِيَ قَوْمٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَعَهُمْ رَايَاتٌ سُودٌ فَيَسْأَلُونَ الْخَيْرَ فَلَا يُعْطَوْنَهُ فَيُقَاتِلُونَ فَيُنْصَرُونَ فَيُعْطَوْنَ مَا سَأَلُوا فَلَا يَقْبَلُونَهُ حَتَّى يَدْفَعُوهَا إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا كَمَا مَلَئُوهَا جَوْرًا فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلْيَأْتِهِمْ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ