Langsung ke konten utama

Misi Tora Bora


Segala pujian bagi Allah  ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan salam untuk  Baginda ﷺ


Tora Bora (Gua Hitam) diambil namanya berdasarkan kem militer para Mujahid di Pergunungan Timur Afghanistan yang berhampiran dengan Pakistan.


Misi Tora Bora merupakan agenda sulit tambahan kerana tiada terdapat dalam perancangan awal. Perancangan awal untuk mewujudkan tiga kali Perang Dunia telah dibuat sebelum Perang Dunia yang pertama. Perancangan menjadikan Kerajaan Turkey Othmaniyyah dan Negara Negara Arab sebagai sasaran. 


Namun perancangan Allah lebih mengatasi perancangan Bathil. Mereka merancang untuk menjatuhkan Mulkan Jabbariyah (Kerajaan Othmaniyyah yang berdiri dengan kekuatan), namun kehendak Allah kejatuhan Mulkan Jabbariyah itu adalah tanda kemunculan Fasa Khalifah atas Manhaj anNubuah. 


Terdapat dua kebangkitan di Benua Hindi yang tiada di dalam perancangan mereka sebelumnya, pertama Khalifah atas Manhaj anNubuah pada tahun 1928 dan keduanya kemunculan negara Pakistan pada 1947.  "Pengatur Dunia Baru" menganggap kedua kebangkitan ini sebagai bentuk ancaman yang menggugat perancangan mereka sebelumnya.


Misi Tora Bora adalah sebuah agenda yang perlu dilaksanakan di bumi Afghanistan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kebangkitan Islam di Benua Hind. Afghanistan adalah negara yang dijadikan alat untuk agenda sulit tersebut.


(Maaf sebelum kalian membaca artikel ini, sebaiknya kalian membaca dahulu artikel berikut)

Artikel Ancaman Kejatuhan Turkey, Arab dan Pakistan.


Kronologi berikut ini disusun seringkas mungkin mengenai keadaan yang berlaku di Afghanistan. 


SEJARAH AWAL SISTEM PEMERINTAHAN DI AFGHANISTAN, KHORASAN.


Khorasan Raya ( خراسان بزرگ‎) , wilayah-wilayah dalam negara-negara seperti Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Kedudukkan Pakistan adalah bersempadanan dengan Afghanistan. Maka Afghanistan merupakan sasaran utama untuk mewujudkan agenda yang dapat dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan Pakistan. Afghanistan sering bertukar nama berdasarkan pertukaran pemerintah. 


KINGDOM OF AFGHANISTAN 

(Afġānistān wākmanān)

* sehingga 1973


REPUBLIK OF AFGHANISTAN 

(Jǝmhūri Afġānistān )

* zaman bermula 1973 -1978


REPUBLIK DEMOKRATIK AFGHANISTAN 

(Jumhūri-ye Dimukrātī-ye Afġānistān)

* Zaman bermula 1978 - 1989


AFGHAN INTERIM GOVERNMENT (AIG)

* Zaman perantaraan 1989 untuk mempersatukan perjuangan 7 kumpulan pejuang mujahiddin yang dinamakan Islamic Unity of Afghanistan Mujahideen atau Peshawar Seven atau Seven Dwarves


ISLAMIC STATE OF AFGHANISTAN 

(Dowlat-e Eslami-ye Afghanestan)

* zaman bermula 1992 - 2002


ISLAMIC EMIRATE OF AFGHANISTAN 

(Afġānistān Islāmī Amārāt)

* zaman bermula 1996 - 2001


TRANSITIONAL ISLAMIC STATE OF AFGHANISTAN (TISA)

* Zaman bermula 2002 - 2004


ISLAMIC REPUBLIC OF AFGHANISTAN

Da Afġānistān Islāmī Jumhoryat

* Zaman bermula 2004 sehingga kini


KINGDOM OF AFGHANISTAN 


Afghanistan pada peringkat awal mengalami pemerintah kerajaan yang kerap bertukar sehingga kestabilan pemerintah mula terbina pada tahun 1933 hingga 1973 semasa pimpinan Sultan Zahir Shah. 


* 1933 - Mohammed Zahir Shah bin Nadir Shah (1914 - 2007) telah mewarisi takhta  ketika baru berusia 19 tahun. Beliau meneruskan dasar ayahnya dan memerintah dengan bantuan  Mohammad Hashim Khan (1884 - 1953), sebagai Perdana Menteri dari tahun 1929 sehingga tahun 1946. Afghanistan sehingga zaman pemerintahannya dikenali Kingdom of Afghanistan.


* 1946 - Shah Mahmud Khan bin Mohammad Hashim Khan (1890 - 1959) dilantik menjadi Perdana menteri sehingga 1953. Beliau berusaha untuk mengubah dasar sebelumnya, yang diamalkan oleh bapanya atas tujuan tertentu.


1953 - Mohammed Daoud Khan bin Shah Mahmud Khan (1909 - 1978), dilantik sebagai Perdana Menteri sehingga 1965.


REPUBLIK OF AFGHANISTAN 


1973 - Mohammed Daoud telah melancarkan rampasan kuasa semasa Sultan Zahir Shah melakukan lawatan rasmi ke luar negara tanpa melakukan pertumpahan  darah. Beliau mengangkat dirinya sebagai President pertama Afghanistan, atas maksud lainnya sistem "Pemerintah Beraja" telah bertukar menjadi sistem "President". Afghanistan dipanggil Republic of Afghanistan.


Bermulanya Perancangan Rusia Untuk Memasuki Afghanistan


* Pada zaman pemerintahan Mohammed Daoud pihak United Soviet Socialist Republics "USSR" ( Russia) telah mula memainkan peranan dengan memasukkan fahaman idealogi komunisme di kalangan masyarakat Afghanistan untuk menimbulkan konflik dalaman. Sejurus selepas itu, Amerika turut serta untuk campur tangan di dalam konflik yang berlaku di Afghanistan, melalui Central Intelligent Agency (CIA), sebuah agency rahsia Amerika Syarikat semasa pentadbiran Presiden Jimmy Carter. 


REPUBLIK DEMOKRATIK AFGHANISTAN


1978 April - Berlaku Revolusi Saur, Parti Demokratik Rakyat Afghanistan (PDPA) yang beraliran komunisme bangun menentang pemerintah. Nur Muhammad Taraki (1917 - 1979) warga Afghan telah dinaikkan sebagai Presiden Afghanistan. Beliau, Hafizullah Amin dan Babrak Kamal merupakan orang yang bertanggung jawab melakukan Revolusi Saur dan membangunkan fahaman Komunis di Afghanistan.


Diantara tindakkan kepimpinan Nur Muhammad Taraki seperti berikut :


* Mohammed Daoud dan keluarganya telah dibunuh. Pembersihan dan pembunuhan penyokong Khan oleh kumpulan berfahaman komunis


* Jatuhnya Republik of Afghanistan dan bangunnya Republik Demokratik Afghanistan yang menjalankan sistem pemerintahan berfahaman Komunis.


* Kejayaan PDPA mengambil alih kuasa pemerintahan, membuka jalan kepada Soviet Union menghantar beribu-ribu tentera dan penasihat untuk menyokong kerajaan PDPA membentuk struktur pentadbiran Afghanistan.


1979 September - Nur Muhammad Taraki digulingkan dan dibunuh dalam rampasan kuasa kepimpinan PDPA

atas arahan Hafizullah Amin (1929 - 1979). Walaupun Amin mengambil alih jawatan presiden Afghanistan, beliau masih tidak dipercayai oleh Soviet. Berikutan dengan itu beliau telah dibunuh oleh pasukan khas Soviet pada tahun yang sama. 


1979 Disember 23 - Soviet Union mula memasuki Afghanistan dengan alasan untuk mempertahankan fahaman komunisme di bumi Afghanistan. Fahaman komunis selanjutnya dipimpin oleh Babrak Karmal (1929 - 1996) sekaligus sebagai Presiden Afghanistan atas lantikkan Soviet Union. Walaupun dasar PDPA menghalang riba, namun beliau mengamalkan idealogi komunisme semasa pemerintahannya termasuk memberikan hak sama rata lelaki dan wanita, juga memulakan hak bagi wanita untuk berpolitik.


AGENDA SULIT UNTUK MEWUJUDKAN KUMPULAN YANG AKAN DIANGGAP PENGGANAS


Agenda yang dirancang oleh "Pengatur Dunia Baru" untuk menjadikan Pakistan supaya turut terbabit semasa perang Dunia Ketiga. Fahaman komunisme dan Pencerobohan Tentera Rusia ke dalam Afghanistan sebenarnya membawa "Agenda Sulit" tersebut. Maka dengannya  kelompok nasionalis akan bangkit menentang, terutamanya dari penduduk Afghanistan itu sendiri. Kebangkitan kelompok tersebut akan dimanipulasikan sesuai dengan perancangan "Pengatur Dunia Baru".


Etnik Pathan merupakan populasi etnik terbesar di Afghanistan, hampir keseluruhannya beragama Islam. Selain etnik pathan, penduduk Afghanistan juga terdiri dari etnik Tajik, Hazara, Aimak, Uzbek, Turkmen dan kumpulan etnik kecil yang lain.


Justeru itu, beberapa kelompok nasionalis telah mula wujud ekoran dari pencerobohan Russia yang dipimpin oleh beberapa tokoh pemimpin Afghanistan. Pemimpin pemimpin bagi kelompok pejuang pejuang Afghanistan seperti Mulvi Mohammad Nabi Mohammadi (1920 - 2002), Ahmad Shah Massoud (1953 - 2001) yang digelar sebagai "Lion of Panjshir" dan Gulbuddin Hekmatyar's (1949 - sehingga sekarang), Abdul Rasul Sayyaf's (1946 - sehingga sekarang) dan Ahmed Gailani (1932 - 2017). Merekalah yang awal bangun memimpin gerakkan untuk berjuang menentang serta mengusir pencerobohan Rusia dari bumi Afghanistan.


Awalnya, keseluruhan para pejuang ini tidak mempunyai nama khusus, kerana mereka bergerak mengikut kumpulan yang dipimpin oleh ketua ketua kelompok dan tidak bergerak atas satu nama perjuangan. Terdapat juga kalangan pelajar yang mempunyai fahaman agama yang turut sama berjuang mengikuti pejuang nasionalis Afghanistan. Kebanyakkan pelajar tersebut adalah hafiz dan alim yang belajar di madrasah madrasah agama di Pakistan. 


Mereka faham bahawa tanggungjawab semasa agama, ketika negara telah dicerobohi adalah berjihad untuk mempertahankan agama dan negaranya. Istilah jihad inilah merupakan asas, kesemua kelompok mereka mula digelar sebagai pejuang mujahiddin. Gelaran bagi pejuang pejuang yang bangun  mempertahan bumi Afghanistan dari serangan Russia. Sepanjang peperangan ini dunia melihat pelbagai keajaiban yang ditunjukkan Allah kepada pejuang pejuang mujahiddin ini, walaupun sangat daif dari segi peralatan dan persenjataan. Sehingga kuasa besar seperti Russia terpaksa mengeluarkan peruntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyempurnakan agenda tersebut. 


1981 - Persepakatan antara USSR dan Amerika berupa gencatan senjata, bagi membuka kepada USSR membuat perancangan untuk mengundurkan diri dari Afghanistan. 


KEJAYAAN MUJAHIDDIN JUGA MERUPAKAN KEJAYAAN AWAL AGENDA SULIT.


Arab Saudi yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika. Sebuah pasukkan yang  dipimpin oleh Osama bin Laden (1957 - 2011) yang merupakan warga Arab Saudi dihantar ke Afghanistan untuk membantu Pejuang Mujahiddin. Osama  turut berjuang sebagai seorang muslim, namun bukan sebagai pejuang warga  Afghanistan. Perkara inilah yang akan dimanipulasikan oleh CIA kemudian harinya. 


1984 - Osama mewujudkan Maktab al-Khadamat (MAK) sebagai saluran untuk mendapatkan bantuan kewangan dan sokongan dari seluruh dunia. 


Terbentuknya organisasi MAK, maka Osama Bin Laden dibiayai oleh Arab Saudi. Mereka menyediakan dan merekrut pejuang-pejuang Islam untuk bertempur, mengedarkan wang, membekalkan kemahiran dan sumber logistik. Osama bin Laden memimpin gerakkannya sendiri. Bahkan terdapat negara lain yang turut menyokong  usaha Arab Saudi, seperti Amerika Syarikat, Republik Rakyat China, negara Eropah dan Iran. Oleh kerana kemampuan dan jasa beliau terhadap Pejuang Mujahiddin, akhirnya beliau dan gerakkannya diterima bersama sama para pejuang Mujahiddin.


1985 - Sehingga tahun tersebut, Amerika telah mengingkari persepakatan 1981 dengan membekalkan persenjataan kepada pejuang mujahiddin. Amerika semasa pemerintahan Ronald Reagan telah menyalurkan kewangan, persenjataan dan latihan peperangan. Alasan bantuan adalah untuk menyekat fahaman komunisme dan menghalang pihak United Soviet (Russia) meluaskan empayarnya. Bantuan ini berterusan sehingga Russia keluar dari Afghanistan. Malah mereka juga membantu membentuk tempat persembunyian yang hampir dengan sempadan Pakistan yang dinamakan Tora Bora.


* Amerika melalui CIA memantau dan terlibat sama membantu kesemua perkembangan gerakkan di atas dengan menggunakan Osama dan Pakistan. Pihak CIA juga telah mendorong Pakistan untuk turut serta membantu pejuang pejuang Mujahiddin tersebut. Presiden Pakistan ketika itu Muhammad Zia-ul-Haq (1924 - 1988), mengarahkan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) membantu Mujahiddin, agar tentera Soviet Rusia tidak sampai ke sempadan Pakistan. Kerjasama CIA dan ISI ini pernah wujud, malah CIA menyalurkan bantuan persenjataan dan dana tersebut  melalui ISI. Penglibatan CIA dapat dibuktikan merujuk kepada senjata yang digunakan oleh para pejuang mujahiddin, sebahagian besarnya adalah buatan dan dibekalkan dari Amerika.


Sekiranya semua pihak perhatikan cara bantuan ini diberikan, sebuah kesimpulan dapat diujudkan atas keperluan apa pihak musuh Islam membantu mewujudkan kelompok pejuang Islam ini yang kini mereka sendiri menggelarkan mereka sebagai "Kumpulan Pengganas". Jelas mereka semua membantu MAK yang ditubuhkan oleh Osama bin Laden bukan bantuan secara terus kepada pejuang Afghanistan itu sendiri.


1986 - Soviet Union menggantikan Babrak Karmal dengan Mohammad Najibullah Ahmadzai (1947 - 1996). Ini merupakan persiapan untuk mengekalkan fahaman komunis kerana mereka sudah mula merancang untuk mengundurkan diri, apabila keadaan berjalan sesuai dengan perencanaan.


* Pada tahun yang sama ini jugalah Ayman alZawahiri buat pertama kalinya bertemu dengan Osama bin Laden. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan kemudiannya.


1987 Julai 20 - Moscow mengumumkan untuk pengunduran dari Afghanistan.


PESHAWAR SEVEN


1988 - Terbentuknya Kesatuan Islam Afghanistan Mujahidin, (Peshawar Tujuh), "Afghanistan Mujahidin" merupakan pihak yang menentang Soviet dan kerajaan Republik Demokratik Afghanistan yang merupakan pemerintah boneka Soviet Union.


Kesatuan tersebut terdiri seperti berikut:


1) Harakat-Inqilab-Islami Afghanistan  (Gerakan Islam Revolusi Afghanistan)

     - pertubuhan yang paling awal

     - dipimpin oleh Mulvi Mohammad Nabi Mohammadi (1920 - 2002)

     - majoriti Sunni Pashtun

 

2) Jamiat-e Islami (cabang dari Harakat-Inqilab-Islami)

     - ditubuhkan 1972

     - dipimpin oleh Burhanuddin Rabbani

     - majoriti Sunni Tajik

     - wilayah Utara berpusat Mazar e Sharif


3a) Shura-e Nazar (Cabang Jamiat-e Islami)

     - ditubuhkan 1984

     - dipimpin oleh Ahmad Shah Massoud

     - majoriti Sunni Tajik

     - dari wilayah Utara berpusat di Lembah Panjshir.


3b) Hezb-e Islami atau Hezb-e Islami Gulbuddin, (Cabang Jamiat-e Islami)

     - ditubuhkan 1975

     - dipimpin oleh Gulbuddin Hekmatyar's 

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Timur, Selatan dan Barat Daya berpusat di di Khost dan daerah Paktia.

     - mendapat sokongan khusus dari Pakistan dan Amerika

     - mendapat sokongan Arab melalui Yayasan Osama bin Laden

* Dari gerakkan ini munculnya Gerakkan Taliban yang dibantu sepenuhnya oleh Pakistan (ISI)


4) Hezb-e Islami Khalis, (cabang dari Hezb-e Islami)

     - ditubuhkan 1979

     - dipimpin oleh Mulavi Younas Khalis (1919 - 2006)

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Timur 

     - dari gerakkan inilah kemudiannya terbentuk gerakkan Tora Bora Nizami Mahaz. Malah Markaz Tora Bora (Gua Hitam) yang dibina dan dibantu sendiri oleh CIA sebagai tempat persembunyian yang kemudiannya menjadi tempat serangan utama Amerika kerana tempat persembunyian Osama bin Laden.


5) Ittehad-e Islami Baraye Azadi Afghanistan (1981)

     - berubah kepada Parti Tanzim-e Dahwat-e Islami-ye Afghanistan ( تنظیم دعوت اسلامی افغانستان‎, ) pada 2005

     - dipimpin oleh Abdul Rasul Sayyaf's

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Barat

     - mendapat sokongan Arab kerana berfahaman Wahabi, di peringkat awal Osama bin Laden bersama dengan gerakkan ini kerana ada perhubungan dengan Abdul Sayyaf. Dari gerakkan inilah perkembangan alQaeda bermula dikemudian hari.

* kem dan kemudahan yang dibina oleh Osama bin Laden, mendapat sokongan dan bantuan CIA Amerika. Kem inilah yang dijadikan markaz pergerakkan Abu Sayaf dan semua pergerakkan yang dikaitkan dengan Abu Sayyaf.


6) Mahaz-e Milli Islami ye Afghanistan

     - dipimpin oleh Ahmed Gailani (1932 - 2017)

     - majoriti Sunni Pashtun juga aliran Sufi Qadiriyyah


7) Barisan Pembebasan Nasional Afghanistan 

     - dipimpin oleh Sibghatullah Mojaddedi

     - majoriti Sunni Pashtun


Guerilla yang tidak termasuk Pakatan 7 namun bersama berunding untuk membentuk kerajaan Afghanistan.


8) Hezb-e Wahdat (cabang dari Ittehad-e Islami)

     - dipimpin oleh Abdul Ali Mazari's

     - majoriti Syiah Hazara

     - dari wilayah Tengah

     - mendapat sokongan Iran kerana berfahaman Syiah



KANDUNGAN KESEPAKATAN PESHAWAR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Salam dan damai atas Rasulullah Agung dan Keturunan dan Teman-temannya.


Adapun struktur dan proses untuk masa sementara Negara Islam Afghanistan, dibentuk sebagai berikut:


1. Diputuskan bahwa badan 51 orang, yang dipimpin oleh Hazrat Sahib Sibghatullah Mojaddedi, akan masuk ke dalam Afghanistan sehingga mereka dapat mengambil alih kekuasaan dari penguasa Kabul saat ini, sepenuhnya dan tanpa syarat dan ketentuan apa pun selama periode dua bulan. Kepala badan ini juga akan mewakili Kepresidenan Negara selama dua bulan ini. Setelah periode ini, badan ini akan tetap sebagai Dewan Islam interim, bersama dengan Negara Transisi dan Ketuanya akan dijabat oleh Hazrat Sahib. Masa Dewan ini, juga akan selama empat (4) bulan.


2. Telah diputuskan bahwa Profesor Rabbani akan tetap menjabat sebagai Presiden Negara Transisi Islam Afghanistan dan ketua Dewan Pimpinan selama empat (4) bulan. Ia akan memulai pekerjaannya secara resmi pada saat dua bulan penyerahan kekuasaan. akan berlalu.


3. Jangka waktu yang disebutkan di atas tidak akan diperpanjang bahkan sehari.


4. Perdana Menteri dan anggota Kabinet lainnya akan diangkat dari anggota kelas dua Tanzeemat, atas kebijakan kepala Panzeemat.


5. Perdana Menteri ditugaskan di Hizb-e-Islami, Afghanistan.


6. Wakil Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri, ke Ittehad-e-Islami, Afghanistan.


7. Wakil Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan, untuk Hizb-e-Islam Maulvi Khalis.


8. Deputi Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri untuk Front Islam Nasional.


9. Kementerian Pertahanan ke Jamiat-e-Islami, Afghanistan.


10. Mahkamah Agung untuk Organisasi Harkat-e-Inqilab-e-Islami.


11. Diputuskan pula bahwa Dewan Pimpinan, selain melakukan pembagian pengangkatan di Kementerian, juga akan menetapkan Kementerian Hizb-e-Wahdat, Syura-e-Etelaf (Dewan Koalisi) Maulvi Mansoor dan para bruder lainnya.


12. Total periode proses ini adalah enam bulan. Mengenai Pemerintahan Transisi, Dewan Islam, akan membuat keputusan dengan suara bulat. Jangka waktu Pemerintahan Transisi ini adalah dua (2) tahun.


PUAK YANG TERPISAH


9) Tora Bora Nizami Mahaz (Bahagian Tentera Tora Bora) adalah kumpulan pemberontak di Wilayah Nangarhar, Afghanistan. Ia diketuai oleh Anwarul Haq Mujahid. Puak itu berpisah dari Khalifah Hezb-e Islami (HiK) selepas kematian pemimpin HiK Mohammad Yunus Khalis dan perebutan kuasa yang seterusnya antara Mujahid dan Haji Din Mohammad.

Anwar ul Haq telah berikrar setia kepada kepimpinan Taliban.

Organisasi ini telah menerbitkan majalah dan laman web.


MAKSUD UTAMA KEMASUKAN USSR KE AFGHANISTAN BERHASIL


Maksud "Pengatur Dunia Baru" mewujudkan "Agenda Sulit Afghanistan" sudah mula tercapai, apabila kesemua kumpulan pejuang itu menamakan mereka sebagai "Afghanistan Mujahiddin". Inilah "NAMA" kelompok pejuang Islam yang mula mula muncul di Afghanistan secara formal. Perkara "Nama Identiti" itu penting bagi mereka supaya perancangan untuk menimbulkan fitnah dapat disabitkan kepada satu entiti yang nyata, bukan individu atau kelompok kecil yang samar.


1988 - Pada tahun yang sama juga Osama keluar dari MAK dan mula menyertai kumpulan Pejuang Pejuang Afghanistan ini sepenuhnya. 


* Yayasan Osama bin Laden memberikan bantuan seawal tahun 1981, kepada ketujuh tujuh gerakkan di atas.


Bantuan persenjataan dan persiapan ketenteraan Amerika tersebut kelihatannya seolah olah keupayaan pejuang pejuang Islam dapat dipertingkatkan, kerana dibantu oleh "Kuasa Besar Amerika" untuk menentang  "Kuasa Besar Russia". Namun setelah munculnya bantuan ini, bantuan dari Allah seperti mana sebelumnya tidak berlaku lagi. Ingatlah "apabila ummat Islam terkesan dengan "Kebesaran Dunia", maka akan dicabut darinya "Kehebatan Islam." Sebaliknya Amerika membantu pergerakkan Afghanistan Mujahiddin dengan alasan untuk membantu mengimbangi kuasa Rusia di Afghanistan. Pada ketika inilah Russia mula menarik balik tenteranya dari bumi Afghanistan.  


1988 April 14 - Perjanjian Geneva Afghanistan Pakistan, di PBB yang di pantau oleh USSR dan Amerika. Termasuk proses pengunduran USSR secara rasmi pada 15 Mei 1988 hingga 15 Febuari 1989.


1988 Mei 15 - Atas desakkan "Pengatur Dunia Baru" USSR telah meninggalkan Afghanistan, ini kerana maksud untuk mewujudkan sebuah organisasi seperti ini sudah berjaya dihidupkan oleh (CIA). USSR tidak lagi diperlukan berada di bumi Afghanistan, oleh kerana itulah kesemua pasukkan USSR telah diperintahkan keluar dengan tergesa gesa sehingga sebahagian besar kelengkapan perangnya terpaksa ditinggalkan.


Pada pandangan ummat Islam seluruh dunia melihat Afghanistan Mujahiddin berjaya mengusir USSR. Seolah olah, pejuang pejuang Islam atas pimpinan dan sokongan Osama berjaya mengusir Russia. Begitu jugalah yang telah diterima oleh sebahagian besar ummat Islam sendiri, malah mereka berbangga dengannya. Presiden Ronald Reagan lantas memanggil mereka sebagai "Pejuang Kebebasan Tulen", kerana berjaya mengalahkan Kesatuan Soviet Russia.


Namun disebalik "NAMA" yang disebutkan oleh Ronald Reagan sebenarnya mempunyai maksud. Adalah menjadi suatu yang luarbiasa pihak musuh membantu membangunkan pejuang Islam yang akan membahayakan mereka sendiri, melainkan terdapat muslihat hadir bersamanya. Nama tersebut sudah ada kaitan dengan kerajaan Pakistan, secara lansung Pakistan sudah mula terjebak dengan Agenda Sulit ini.


AFGHAN INTERIM GOVERNMENT (AIG)


1989 Februari - Berlaku Pertempuran Jalalabad di antara Afghanistan Mujahiddin dengan tentera dari Republik Demokratik Afghanistan yang masih mengamalkan idelogi komunisme. Bagaimanapun, para mujahidin gagal memenangkannya. Akhirnya kumpulan-kumpulan tersebut berusaha membentuk gabungan pemerintah dalam buangan dari Peshawar, yang mereka sebut sebagai Pemerintahan Sementara Afghanistan (AIG). AIG bertujuan untuk menempatkan diri di bandar Jalalabad yang akan menyerang pentadbiran di Kabul. 


Walaupun Russia telah meninggalkan Afghanistan, namun mereka terus menyokong Presiden Afghanistan  Mohammad Najibullah Ahmadzai, sebagai Presiden Boneka untuk terus mewujudkan persengketaan sesama ummat Islam. Persengketaan sehingga terjadi Perang Saudara Afghanistan. Perang saudara ini berlaku awalnya sesama kelompok Afghanistan Mujahiddin sehingga tidak dapat bersatu dan mudah untuk dimanipulasikan. 


1990 - Presiden Afghanistan Mohammad Najibullah mula berusaha untuk mempengaruhi rakyat Afghanistan, dengan mengistiharkan secara rasmi bahawa Afghanistan sebagai Negara Islam. Namun kerajaan yang beliau tubuhkan tidak stabil dan tidak mendapat sokongan dari Afghanistan Mujahiddin yang menguasai setiap wilayah lain di Afghanistan.


1991 - USSR tidak lagi membantu membangunkan Afghanistan, atas alasan perubahan sistem pemerintahan. Kejatuhan USSR lalu digantikan dengan Russia.


ISLAMIC STATE OF AFGHANISTAN 


* 1992 Najibullah jatuh dari Kerajaan Afghanistan yang dibentuknya. Kesepakatan pejuang Afghanistan Mujahiddin berjaya menawan Kabul, ibu kota Afghanistan dari pemerintahan Republik Demokratik Afghanistan, yang dipengaruhi oleh Rusia bertukar menjadi Islamic State of Afghanistan.


1992 April 22 - Berlaku Persepakatan Peshawar iaitu sebuah persepakatan untuk perkongsian kuasa untuk membentuk kerajaan sementara, Negara Islam Afghanistan (Islamic State of Afghanistan). Cadangan Presiden sementara adalah Sibghatullah Mojaddedi dan Menteri Pertahanan Ahmad Shah Massoud.


Semua kumpulan dari "Afghanistan Mujahiddin" bersatu kecuali Hezb-e Islami Gulbuddin, Hezb-e Wahdat dan Ittehad-e Islami. Ketiga-tiga kelompok ini mendapat sokongan dan bantuan dari pihak luar, Hezb-e Islami Gulbuddin dari Pakistan dan Amerika,  Hezb-e Wahdat dari Iran dan Ittehad-e Islami dari Arab Saudi.


Hekmatyar atas sokongan Pakistan memulakan operasi pelancaran roket terhadap ibu kota Kabul, yang menandakan permulaan fasa baru dalam perang. Serangan mengejut ini menyebabkan keadaan huru hara berlaku. Keadaan bertambah parah kerana sistem pemerintah belum sempat membina keamanan awam dan sistem perundangan. 


Selepas dari ini tidak jelas apakah maksud selanjutnya setiap pejuang yang datang dari luar Afghanistan untuk menyertai Afghanistan Mujahiddin. Gerakan pejuang mujahiddin telah berpecah menjadi beberapa wilayah penguasaan mengikut kumpulan masing masing. Inilah yang dirancangkan oleh Agenda Sulit tersebut agar wujud dari kalangan ummat Islam sendiri pasukkan gerila yang berpecah pecah yang akan dinobatkan sebagai kelompok "Pengganas Islam". Keadaan yang kucar kacir tanpa perundangan dijadikan pemangkin timbulnya gerakkan gerakkan baru. Kesemuanya dipastikan akan dikaitkan dengan istilah Islam.


ERA KE ARAH MEWUJUDKAN DUA KERAJAAN


1994 - Nama Talibban mula muncul ekoran krisis yang terjadi akibat kegagalan Persepakatan Peshawar. Kegagalan tersebut menyebabkan huru hara yang berpanjangan sehingga keselamatan dan penguatkuasaan tidak disempurnakan dengan berkesan. Berlaku pelbagai bentuk jenayah, termasuklah kes penculikkan dan pemerkosaan kerana ketiadaan penguatkuasaan undang undang syariah Islam. Perkara inilah yang menjadi pendorong utama bangkitnya gerakkan Taliban. Nama tersebut diambil sempena nama selompok pelajar yang ramai menjadi pejuang gerakkan ini. Kumpulan Pejuang Talibban ini, dipimpin oleh Mullah Omar. (gerakan yang berasal dari Jamiat Ulama-e-Islam, yang merupakan sebahagian dari para mujahiddin semasa peperangan dengan Rusia, kebanyakkan mereka belajar agama di sekolah/madrasah di Pakistan.)


Gerakkan Pejuang Taliban berusaha untuk merampas kuasa kerana tidak bersetuju dengan sistem Republik (Negara) Islam Afghanistan yang menegakkan sistem dan pemahaman nasionalis sekular melalui demokrasi dan pilihan raya untuk membentuk kerajaan berpelembagaan.


Gerakkan Taliban dibentuk dan disokong oleh kerajaan Pakistan dan Amerika dibawah kelolaan Pakistan's Intel Services Inteligence (ISI) dan Central Intelligent Agency (CIA). Pelajar pelajar tersebut dibina dan dilatih sepenuhnya beserta dengan semua kelengkapan kem latihan. Mereka juga dibiayai kewangan, logistik dan peralatan persenjataan. Mustahil bagi kelompok pelajar boleh mahir dan mampu memiliki segala persiapan perang termasuklah kenderaan, tanpa ada pihak yang berperanan di belakangnya. Kebanyakkan para pelajar pelarian Afghanistan bukanlah dari kalangan keluarga yang kaya manakala madrasah pula tiada kemahiran untuk melatih strategi berperang. 


1995 - Pejuang Taliban mula menyerang Kabul, namun telah ditangkis oleh tentera di bawah pengaruh Massoud.


ISLAMIC STATE OF AFGHANISTAN ISLAMIC EMIRATE OF AFGHANISTAN


1996 September 26 - Akhirnya Pejuang Taliban dengan bantuan penuh dari Pakistan, berjaya menguasai Kabul, ibu kota Afghanistan. Terdapat sebuah pasukkan gerak khas Pakistan yang menyamar sebagai tentera Taliban atau Pedagang Afghanistan. Gerakkan Taliban ini juga dibantu oleh pasukkan yang dipimpin oleh Osama bin Laden.


Penawanan Kabul ini mengakibatkan Massoud mengarahkan pengunduran penuh dari Kabul. Najibullah dan saudaranya Shahpur dibunuh oleh Pejuang Taliban mengantungkan pada tiang lampu isyarat sebagai pengistiharan bahawa Era Pemerintahan Taliban bermula.


1996 September 27 - Kerajaan baru Islamic Emirate of Afghanistan (Afġānistān Islāmī Amārāt) ditubuhkan oleh Pejuang Taliban. Maka oleh kerana itu, Afghanistan telah terbahagi dua kerajaan pentadbiran politik, pertama kerajaan Emiriah Islam Afghanistan dan Republik (Negara) Islam Afghanistan. Ini kerana Republik Islam Afghanistan, masih dianggap tetap berfungsi, dibawah pemerintahan Perikatan Utara.


Wilayah dari bahagian Barat ke wilayah Timur dan Selatan merupakan kerajaan Emiriah Islam Afghanistan diperintah oleh Taliban, manakala Wilayah Utara Afghanistan dikuasai oleh Perikatan Utara dengan kerajaan Republik (Negara) Islam Afghanistan. 


Wilayah wilayah yang dikuasai oleh pemerintahan Taliban.


1) Harakat-Inqilab-Islami Afghanistan  (Gerakan Islam Revolusi Afghanistan)

     - dipimpin oleh Mulvi Mohammad Nabi Mohammadi (1920 - 2002)

     - majoriti Sunni Pashtun

     - wilayah Selatan dan Timur


2) Hezb-e Islami Gulbuddin, (Cabang Jamiat-e Islami)

     - dipimpin oleh Gulbuddin Hekmatyar's 

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Timur, Selatan dan Barat Daya berpusat di di Khost dan daerah Paktia.


3) Khalifah Hezb-e Islami, (cabang dari Hezb-e Islami)

     - dipimpin oleh Mulavi Younas Khalis (1919 - 2006)

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Timur


4) Barisan Pembebasan Nasional Afghanistan 

     - dipimpin oleh Sibghatullah Mojaddedi

     - majoriti Sunni Pashtun


5) Tora Bora Nizami Mahaz (Bahagian Tentera Tora Bora) adalah kumpulan pemberontak di Wilayah Nangarhar, Afghanistan. Ia diketuai oleh Anwarul Haq Mujahid. Puak itu berpisah dari Khalifah Hezb-e Islami selepas kematian pemimpin Mohammad Yunus Khalis dan perebutan kuasa yang seterusnya antara Mujahid dan Haji Din Mohammad. Anwar ul Haq telah berikrar setia kepada kepimpinan Taliban.


6) Ittehad-e Islami Baraye Azadi Afghanistan (1981)

     - dipimpin oleh Abdul Rasul Sayyaf's

     - majoriti Sunni Pashtun

     - dari wilayah Barat


* mendapat sokongan Arab kerana berfahaman Wahabi dan Osama bin Laden bersama dengan gerakkan ini

* Khalid Syeik Mohammah yang dianggap sebagai panglima kanan alQaeda juga juga bersama di dalam gerakkan ini.

* Kumpulan yang sama merekrut pasukkan jihad dari seluruh dunia, terutamanya dari Filipina yang dikaitkan gerakkan pejuang Abu Sayaf.


* Yayasan Osama bin Laden memberikan bantuan seawal tahun 1981 pada kesemua pakatan di atas


Wilayah Utara pula terbahagi kepada tiga wilayah utama iaitu Jamiat e Islami (Massoud), Junbish e Milli (etnik Dostum), Hezb e Wahdat (Syiah)


* Selepas Kabul dikuasai oleh Taliban, Massoud dan Dostum bersatu mewujudkan Barisan Bersatu atau Front Islam Bersatu  (UIF, Jabha-yi Muttahid-i Islami-yi Milli bara-yi Nijat-i Afghanistan) atau Perikatan Utara, nama yang diberikan oleh Pihak Barat. Pertubuhan ini menyatukan kesemua kumpulan etnik di Afghanistan untuk menentang Taliban Afghanistan yang mana disokong oleh Pakistan dan Al Qaeda. Etnik yang menyertai Perikatan Utara termasuk orang Tajik, Pashtun, Hazaras, Uzbeks, Turkmen dan lain-lain. Pimpinan Barisan Bersatu termasuk terutamanya pihak pasukan Massoud Tajik yang pradominan, kuasa Dostum Uzbekistan, dan puak Hazara dan Pashtun di bawah pemimpin seperti Haji Mohammad Mohaqiq, Abdul Haq dan Abdul Qadir. 


Perikatan Utara terdiri

1a) Jamiat-e Islami (cabang dari Harakat-Inqilab-Islami)

     - dipimpin oleh Burhanuddin Rabbani

     - majoriti Sunni Tajik

     - wilayah Utara berpusat Mazar e Sharif


1b) Shura-e Nazar (Cabang Jamiat-e Islami)

     - dipimpin oleh Ahmad Shah Massoud

     - majoriti Sunni Tajik

     - wilayah Utara berpusat di Badakhshan, Lembah Panjshir.


2) Mahaz-e Milli Islami ye Afghanistan

     - dipimpin oleh Ahmed Gailani (1932 - 2017)

     - majoriti Sunni Pashtun juga aliran Sufi Qadiriyyah


3) Hezb-e Wahdat (cabang dari Ittehad-e Islami)

     - dipimpin oleh Abdul Ali Mazari's

     - majoriti Syiah Hazara

     - dari wilayah Tengah


1998 - Taliban mengalahkan tentera Front Islam Bersatu (Perikatan Utara) di Peperangan Mazar-i-Sharif (1997-1998) dan terus berkuasa sehingga 2001. Setelah merebut kota itu, pejuang Taliban melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Syiah. Ini menyebabkan kecaman antarabangsa yang meluas.


AGENDA 2001 BERMULA


2001 Hapir seluruh wilayah di Afghanistan telah dikuasai oleh Taliban, atas pimpinan Mullah Omar kecuali Timur-Laut Afghanistan yang dikuasai oleh 'Perikatan Utara'. Wilayah yang tidak dikuasai oleh Pihak Taliban ini dikuasai oleh Parti Shura-e Nazar yang dipimpin oleh Ahmad Shah Massoud, berpusat di Badakhshan.


Atas kedominan Pemerintahan Taliban, kerajaan Emiriah Islam Afghanistan berusaha untuk mewujudkan perundangan Islam di Afghanistan, namun ianya dianggap ketat oleh golongan sekular. Golongan nasionalis sekular inginkan sistem perundangan yang bebas maka kerana itulah mereka meraikan kedatangan Pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan Taliban.


Pemerintah Taliban telah memberi bantuan serta tempat kepada kumpulan yang dipimpin Osama bin Laden yang telah membantu Pejuang Taliban menguasai Afghanistan. 


Hasil dari itu, Gerakkan yang dipimpin oleh Osama bin Laden diberikan nama sebagai AlQaeda (القاعدة‎). Tiada laporan nama AlQaeda muncul sebelum munculnya nama Taliban, dan tiada laporan menunjukkan Osama bin Laden menggunakan istilah alQaeda sebagai kumpulan yang beliau pimpin. Ini kerana Ianya bukan dari kumpulan Pejuang Afghanistan Mujahiddin dan bukan juga Militer Taliban. 


2001 Jun - Zawahiri telah mengabungkan nama Jihad Islam dan alQaeda membentuk Qaeda al-Jihad secara rasmi. Maka dengan rasminya Osama bin Laden sudah menjadi sebahagian dari alQaeda. 


Jihad Islam adalah gerakkan yang dipimpin sendiri oleh Zawahiri manakala alQaeda adalah nama yang disepakati oleh kumpulan yang diketuai oleh Abu Ayob dan Zawahiri itu sendiri tanpa diketahui oleh Osama. Osama hanya memberikan sumbangan kepada rakan perjuangan, namun sumbangan dana tersebut dijadikan alasan oleh Zawarihi sebagai penaung atau pemimpin.


"INILAH KUNCI FITNAH BESAR BERMULA"


2001 Sept 11 - Peristiwa Serangan WTC, menyebabkan Clinton membuat tuduhan ke atas AlQaeda. Hairannya Osama baru sahaja menyepakati pertubuhan Qaeda al-Jihad, seperti mana yang dikehendaki oleh Zawahiri. Lanjut tuduhan tersebut ke atas alQaeda yakni sebuah pertubuhan yang dibentuk tanpa pengetahuan Osama.


2001 Disember - "Knight Under the Banner's Prophet," yang pertama kali muncul dalam bentuk bersiri, di surat kabar Arab Al-Sharq al-Awsat yang berpusat di London, ditulis oleh alZawahiri. Zawahiri terus memainkan peranannya untuk menarik perhatian dunia dengan menggunakan "Banner's Rasullullah".


Persoalan dapat ditimbulkan mengenai apakah kepentingan dan tujuan Gerakkan AlQaeda, Pakistan dan Amerika yang membantu perpecahan di dalam persengketaan di antara kumpulan pejuang Afghanistan Mujahiddin. 


Keputusan untuk melancarkan serangan besar pertama perang terhadap Mazar-i-Sharif datang setelah pertemuan antara Tentera A.S. Am Tommy Franks dan Perikatan Utara panglima Mohammed Fahim dalam Tajikistan pada 30 Oktober 2001.


Pervez Musharraf Ketua Tentera yang menjadi Presiden Pakistan pada tahun 2001 telah bertanggungjawab kerana menghantar puluhan ribu rakyat Pakistan untuk berjuang bersama Taliban dan Osama bin Laden terhadap pasukan Pakatan Utara. Pada 2001 sahaja,  dipercayai terdapat 28,000 warga Pakistan berjuang di dalam Afghanistan. 


2001 Awal tahun tersebut Nama alQaeda mula muncul atas pentas dunia, atas sebuah gerakkan yang dipimpin oleh Osama bin Laden.


Susulan dari itu Osama bin Laden telah mengirimkan ribuan terntera dari Arab untuk membantu Kerajaan Taliban menentang Barisan Bersatu. Peperangan ini berlanjutan sehingga 2001 tahun yang telah dirancang sebuah "Peristiwa Besar Dunia".


Sebaliknya Massoud kekal sebagai satu-satunya pemimpin Barisan Bersatu di Afghanistan. 


Semenjak bermulanya krisis dari 1990 hingga September 2001, sekitar 400,000 orang awam Afghan didakwa meninggal dunia dalam peperangan, sekitar 1 juta orang juga didakwa sebagai pelarian. Jumlah ini akan dijadikan semula sebagai alasan untuk "Pihak Lain" untuk campur tangan.


2001 September 9 - Massoud telah terbunuh di dalam serangan bunuh diri dua orang warga Arab yang menyamar sebagai wartawan di Afghanistan. Perkara ini dilakukan sebagai asas untuk serangan 11 September di Amerika Syarikat sebagai alasan tuntut bela. 


2001 September 11 - Bangunan World Trade Centre (WTC) dan Pentagon diserang dengan pelanggaran kapal terbang. Amerika menuduh AlQaeda pula sebagai dalang serangan tersebut dan perkara ini tidak dibantah oleh Osama bin Laden sebagai pemimpin AlQaeda. Maka dari itu AlQaeda dianggap sebagai "Pengganas", oleh Amerika. Amerika menuntut Kerajaan Taliban menyerahkan Osama bin Laden, sebaliknya ditolak oleh Kerajaan Taliban. Oleh kerana AlQaeda juga dilindungi Taliban, maka Taliban juga dianggap sebagai "Pengganas" kerana melindungi "Pengganas". 


(Dua hari bukanlah tempoh yang munasabah untuk merancang operasi besar untuk tuntut bela, melainkan ada dalang yang berselindung dibalik setiap pergerakan yang berkaitan dengan Al-Qaeda. Malah Massoud sendiri merupakan seteru atau pihak yang ditentang oleh Taliban dan AlQaeda). Oleh kerana itu, Pihak Taliban dakwaan Amerika terhadap Osama bin Laden tidak terbukti, lalu enggan menyerahkan beliau kepada pihak Amerika. Amerika mengetahui perkara ini kerana kesemuanya dipantau sendiri oleh mereka. Maklumat yang benar tidak sampai kepada umum, maka dengan itu mudah perkara ini dapat dimanipulasikan.


2001 Oktober - Presiden George W. Bush mengistiharkan perang ke atas Afghanistan. Pada tahun yang sama kerajaan Taliban telah jatuh. Memerangi Pengganas dijadikan tema kenapa Amerika menghantar pasukkan untuk menyerang Afghanistan. Mereka yang membina dan mereka menyerangnya kembali.


Operasi Bertahan Kebebasan, AS dan UK tentera mengebom beberapa bahagian Afghanistan.  Mereka juga berkerjasama dengan tentera darat daripada Pakatan Utara untuk menyerang Taliban dan memusnahkan kem-kem latihan al-Qaeda.


Dari sisi lain pemimpin utama dari pihak pembangkang Afghan telah merangka suatu kerajaan baru. Hasilnya adalah perlantikan Hamid Karzai sebagai Pengerusi Lembaga Interim Afghan (AIA) pada Disember 2001. 


2001 Disember - Pemerintahan Taliban digulingkan dan kerajaan baru telah dibentuk di bawah pimpinan Hamid Karzai untuk mentadbir Afghanistan.  Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) telah ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk membantu pentadbiran Hamid Karzai dan menyediakan jaminan asas. 


Tentera Taliban pula mula berkumpul semula di dalam Pakistan, sementara sebahagian tentera gabungan masih kekal Afghanistan. Kemudian setelah itu Pejuang Taliban meneruskan usaha mereka untuk menguasai semua Afghanistan.


TRANSITIONAL ISLAMIC STATE OF AFGHANISTAN (TISA)


2002 pilihan raya kebangsaan telah diadakan dan Hamid Karzai telah dipilih sebagai Presiden.


Amerika berjaya mengambil sumberdaya dari Afghanistan. Atas alasan kos Perang dan membangunkan semula Afghanistan. Persengketaan berterusan berlaku dengan pejuang Taliban sehingga Afghanistan kekal sebagai salah satu daripada negara-negara termiskin di dunia. 


Apabila Amerika menguasai Afghanistan, sistem yang diterapkan di Afghanistan oleh Taliban diubah. Rakyat Afghanistan ditawarkan pembebasan kehidupan dari cara pemerintahan Taliban.


Afghanistan dibangunkan dengan cara Amerika dengan membawa India untuk mula memainkan peranan di bumi Afghanistan. India diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Afghanistan, kesemua pembangunan utama di bumi Afghanistan adalah di bawah projek India. India membina kepentingannya di bumi Afghanistan dengan satu tujuan. Namun tindakan India ini tidak disedari oleh dunia luar.


ISLAMIC REPUBLIC OF AFGHANISTAN


2004 Disember 7 - Afghanistan telah bertukar nama menjadi Republik Islam Afghanistan. Namun sistem pemerintahan sekular dan demokrasi pula yang dimulakan di Afghanistan. Pasukan ISAF mula melatih angkatan tentera dan polis Afghanistan. 


2002 - Lebih dari lima juta pelarian Afghan telah mula dihantar pulang ke negara ini.


2009 - Presiden Barack Obama pula menghantar 30,000 tentera tambahan ke Afghanistan, sehingga 2010, untuk menyaingi kekuatan tentangan dari Pejuang Taliban.


2010 - Hamid Karzai cuba untuk mengadakan rundingan damai dengan Taliban dan kesemua kumpulan yang lain. Sebaliknya rundingan tersebut ditentang atas sebab kecurigaan. 


2011 Mei - Osama bin Laden telah didakwa dibunuh oleh tentera elit Amerika di Pakistan. Lanjutan dari itu ramai tokoh-tokoh terkemuka Afghanistan telah dibunuh. 


Pertempuran sempadan Afghanistan-Pakistan dipergiatkan, dan banyak serangan besar dilakukan Pakistan terhadap Rangkaian Haqqani telah berlaku di seluruh Afghanistan. 


Amerika Syarikat memberi amaran kepada kerajaan Pakistan tindakan ketenteraan akan diambil sekiranya Pakistan gagal mengatasi ancaman dari kumpulan "Pengganas". Pakistan sudah jelas terjebak di dalam agenda sulit ini.


Dahulunya Pakistan disokong oleh Amerika membantu Pejuang Mujahiddin, kini Pakistan terpaksa memperhebatkan serangan kepada golongan yang sama atas ancaman Amerika. Pakistan sudah terbabit di kancah Perang di Barat Laut Pakistan.


2013 - Pemimpin Taliban, Mullah Omar meninggal dunia. Mullah Omar pernah dijadikan tawaran buruan bernilai 10 juta Dollar.


2014 September 29 - Pada pilihan raya presiden, Hamid Karzai turun digantikan oleh Ashraf Ghani. 


2014 Disember 28 - Peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan (perang Amerika yang paling lama) secara rasmi berakhir. Walau bagaimanapun, ribuan tentera NATO yang diketuai kekal di negara ini untuk melatih dan memberi nasihat tentera kerajaan Afghanistan.


Mereka menyedari akan kebangkitan ummat Islam di akhir zaman dari dua tempat iaitu Wilayah Khurasan dan Wilayah Syam.


AlQaeda menyebar ke Suriah dan Iraq lalu membentuk dua pimpinan. 

AlQaeda Iraq berubah nama menjadi ISIS untuk memiliki wilayah pemerintahan sendiri.

* Kita boleh lihat sendiri peranan AlQaeda untuk mencemari nama Islam, terdapat dalang disebalik AlQaeda. Namun kesemuanya diletakkan kepada Osama bin Laden. 

* Ummat Islam jangan mudah terpedaya dengan perangkap musuh, ummat Islam perlu berhati hati. Kini mereka mula mengibarkan bendera hitam. Apakah maksud sebenar mengibarkan Panji Hitam sedangkan itu bukan hak mereka. Mereka bukan kumpulan yang dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim dan tidak juga AlMahdi. Kronologi ringkas ini merupakan sebuah agenda Sulit yang dinamakan "MISI TORA BORA". 


Semoga pencerahan ini memberikan gambaran ringkas sejarah Afghanistan. Insya-Allah

Komentar