Segala pujian bagi Allah ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan salam untuk Baginda ﷺ
QIAMAT ITU SENDIRI SALAH SATU DARI NAMANYA "الْآزِفَةُ" BERMAKSUD YANG SANGAT DEKAT
Apakah ketika Allah ﷻ mengatakan Hari Qiamat itu sangat dekat, hati kita masih merasakan ianya masih jauh. Apakah hati kita mengengkari apa yang Allah ﷻ firmankan. Allah ﷻ tanya hati kita sendiri tidak terasakah bila Allah ﷻ sendiri yang katakan ianya sangat dekat.
۞ أَزِفَتِ الْآزِفَةُ ۞ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ ۞ أَفَمِنْ هَٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ ۞ وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ ۞ وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ ۞ فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا ۩ ۞
۞ Telah dekatnya "Yang Paling Dekat" (Hari Qiamat) ۞ Tidak akan ada pada perkara tersebut (Dekatnya Qiamat) selain Allah ﷻ sendiri yang menyatakannya ۞ Maka apakah berita ini kamu rasakan kekaguman (kerana Allah ﷻ sendiri nyatakan ianya sangat dekat)? ۞ Dan kamu masih tertawa-tawa dan tidak menangis? ۞ Dan kamu berterusan melengahkannya? ۞ Maka bersujudlah kepada Allah ﷻ dan sembahlah ۞
Al-Quran Surat An-Najm Ayat 57-62)
BILA TARIKH SEBENAR KIAMAT TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPAPUN KERANA SAAT MUNCULNYA QIAMAT TIADA LAGI ORANG BERIMAN TIADA PERLU UNTUK MENGETAHUINYA
Memang hari berlakunya Qiamat itu rahsia Allah ﷻ. Namun Allah ﷻ nak kita tahu bahkan hati kita merasakan bahawa Qiamat itu sangat dekat. Tidak cukupkah apabila Allah ﷻ sendiri beritahu ianya sangat dekat. Kenapa masih banyak tanya tanya, masih banyak pertikaian, masih panjang angan angan.
۞ يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا ۞
۞ Manusia bertanya kepadamu tentang Waktu itu (Qiamat). Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang itu hanya di sisi Allah". Dan tidakkah kamu diberitahu sekiranya Waktu itu (Qiamat) berlakunya sangat dekat? ۞
Al-Quran Surat Al-Ahzab Ayat 63
APABILA BERKALI KALI DIULANGKAN BAHAWA QIAMAT ITU SANGAT
۞ اللَّهُ الَّذِي أَنْزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ ۗ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ ۞
۞ Allah yang menurunkan kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan). Dan tidakkah kamu diberitahu sekiranya Waktu itu (Qiamat) sangat dekat? ۞
Al-Quran Surat Asy-Syura Ayat 17
۞ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ ۞
۞ Sangat Dekat Waktu itu (Qiamat) dan telah terbelahnya bulan ۞
Al-Quran Surat Al-Qamar Ayat 1
TIADA SIAPA YANG MENGETAHUI BILA BERLAKUNYA KIAMAT MELAINKAN ALLAH ﷻ, NAMUN KITA DIPERINTAH UNTUK MENGINGATKAN PERKARA INI
Masih lagi ragu ragu, masih lagi tangguh tangguh, Allah ﷻ nyatakan Allah ﷻ mampu menjadikan pada bila bila masa secara tiba tiba. Qiamat ini perkara berat yang perlu diambil berat. Cukuplah Allah ﷻ mengetahui. Buatlah persiapan seperti Qiamat itu boleh jadi berlakunya tiba tiba.
۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ۞
۞ Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah ﷻ, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"۞
Al-Quran Surat Al-A’raf Ayat 187
۞ قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ۞
۞ Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah ﷻ. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman"۞
Al-Quran Surat Al-A’raf Ayat 188
Ini hanya sebuah peringatan, kenapakah masih panjang angan angan. Kenapakah tidak saja kalian juga segera ingatkan orang lain. Kenapa kita lalai dan melalaikan keluarga kita dan orang lain. Kenapa kita tidak saling memberi peringatan. Kenapa masih tangguh tangguh. Nak diceritakan bagaimana lagi. Apa maksud kita sebenarnya.