Langsung ke konten utama

Kemunculan Almahdi



Segala pujian bagi Allah  ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan salam untuk  Baginda ﷺ


ALMAHDI ADALAH TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.


AlMahdi itu sendiri merupakan salah satu tanda bahawa kiamat itu sudah terlalu hampir. Tanda ini sebagai peringatan kepada semua manusia samada beriman dengan Allah ﷻ atau tidak. 

Kemunculan AlMahdi adalah gerbang bermulanya tanda besar Qiamat. 


TANDA KEMUNCULAN ALMAHDI BESERTA GEMPA DI ZAMAN PERSELISIHAN MANUSIA


Tanda kemunculan AlMahdi atau bermulanya zaman AlMahdi apabila banyak berlakunya gempa, tanah runtuh, musibah dan fitnah di mana mana. Sekarang perkara itu sedang berlaku dan kita sendiri merasakannya. Tanda AlMahdi ini sudah muncul, namun kemunculan beliau masih tidak dikenali dan tidak diterima ramai.


 ۞ أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ  وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا ۞ 

 ۞ “Aku perjelaskan dengan khabar yang menggembirakan (بَشِّرُ) kepada kalian mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ﷻ ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi mengagihkan secara saksama dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.” ۞ 

 (Hadits Riwayat Musnad Ahmad)


KEMUNCULAN ALMAHDI MERUPAKAN SEBUAH TANDA UTAMA QIAMAT


AlMahdi adalah satu dari empat tanda utama berlaku qiamat. Empat Tanda Qiamat ini adalah yang berkaitan dengan manusia

1) Kemunculan AlMahdi

2) Kemunculan Dajjal

3) Turunnya Nabi Isa as

4) Dibukakan Ya'juj dan Ma'juj

Keempat empat tanda kiamat ini kesemuanya merupakan manusia. Bukan selain dari manusia. Dua darinya beriman dan dua lainnya engkar dengan Allah ﷻ. Perkara ini akan dijelas lanjut, kemudian. insya-Allah


ALMAHDI PERLU DIISYTIHARKAN


Apabila AlMahdi itu adalah tanda Qiamat, mustahil ianya tersembunyi, mustahil orangnya diperintahkan untuk bersembunyi. Tanda itu sifat aslinya didedahkan atau diisytiharkan. Tanda itu membawa maksud petunjuk. Tiada ertinya sesuatu tanda mahupun petunjuk, sekiranya petunjuk tersebut disembunyikan. Kefahaman menyembunyikan sebuah petunjuk adalah kefahaman yang bertentangan dengan kehendak Allah ﷻ. 


ALMAHDI DI DALAM LINDUNGAN ALLAH ﷻ


AlMahdi itulah Petanda (Petunjuk) dari Allah ﷻ, yakinlah bahawa Allah ﷻ akan memelihara hamba yang dipilih untuk dijadikan petunjukNya. Apabila petunjuk yang Haq itu didatangkan akan binasalah kebathilan. Sepertimana Nabi Musa as dipelihara oleh Allah ﷻ dari Firaun walaupun berada dihadapan dan di dalam genggaman Firaun.


MAKSUD MAHDI 

Mahdi (مَهْدِيُّ) berasal dari kalimat Huda (هُدًى) yang bererti petunjuk. Maksud Mahdi adalah tempat atau orang yang mendapat petunjuk. Ini bererti masih lagi terdapat petunjuk untuk memimpin umat ini di akhir zaman. Pengetahuan mengenai petunjuk ini merupakan asas untuk mengenali maksud AlMahdi.


MAKSUD ALMAHDI

AlMahdi (الْمَهْدِيُّ) adalah gelaran diberikan kepada seorang ahlul bait pilihan Allah ﷻ. AlMahdi (الْمَهْدِيُّ) pula bererti orang yang paling banyak mendapat petunjuk. Kalimat "al" (ٱلْ) yang ditambahkan kepada Mahdi (مَهْدِيُّ) menjadi AlMahdi (الْمَهْدِيُّ) bermaksud orang yang paling atau tertinggi dalam mendapat petunjuk.


BERAKHIRNYA NUBUAH TIDAK BERERTI BERAKHIRNYA PETUNJUK


Terdapat tiga petunjuk yang digunakan sebagai panduan ummat ini. Pertama adalah Quran, keduanya Hadits Rasullullah ﷺ dan yang ketiga pula Hayatus Sahabah. Penurunan Quran sudah cukup dan disempurnakan, sedangkan Hadits sudah tamat dengan kewafatan Rasullullah ﷺ, manakala Hayatus Sahabah, zamannya sudah berlalu. Ummat ini dijamin keselamatan mereka atas ketiga tiga petunjuk ini. Namun, ummat perlu disedarkan bahawa petunjuk dari Allah ﷻ masih belum berakhir. 


PETUNJUK MASIH ADA


Allah ﷻ jadikan Quran sebagai penjelasan (بَشِيرًا) yang menjelaskan (بُشْرَىٰ) bagi orang yang beriman untuk mendapatkan petunjuk dari Allah ﷻ .  Sebahagian dari (بَشِيرًا) tersebut adalah "mimpi yang menjelaskan" (الْبُشْرَىٰ). Petunjuk yang masih tersisa hanyalah mimpi benar dari Allah ﷻ. Mimpi yang benar adalah tanda akhir zaman. AlBusraa (الْبُشْرَىٰ) diperlihatkan kepada para wali Allah ﷻ dan dari kalangan orang yang bertaqwa untuk menjadi panduan bagi menghadapi urusan tertentu di dunia.


ALMAHDI MENDAPAT PETUNJUK MELALUI MIMPI


Seseorang rasul atau waliAllah yang memperolehi petunjuk khusus dari Allah ﷻ itu dinamakan مُبَشِّرًا. Kalimat مُبَشِّرًا bermaksud orang yang mendapat penjelasan yang menyeluruh bagi sesuatu perkara yang dikehendaki oleh Allah ﷻ bagi menjelaskan manusia secara keseluruhan. Sekalian para rasul juga merupakan مُبَشِّرًا. Ringkasnya مُبَشِّرًا adalah mubaligh terhadap apa yang diterimanya. Mubaligh dalam erti kata beliau akan diperintahkan untuk menyampaikan petunjuk yang diterimanya kepada masyarakat umum, terutamanya ummat Islam.


AL-MAHDI ADALAH AL-MUBASYIRAT


Di akhir zaman dari kalangan sekalian Mubasyiran, terdapat seseorang yang paling banyak mendapat mimpi sebagai tanda. Beliau itulah yang dimaksudkan sebagai Al-Mubasyirat (الْمُبَشِّرَاتُ). Seorang yang digelar Al-Mubasyirat samalah dengan seorang yang digelar Al-Mahdi (الْمَهْدِيُّ). Kedua duanya membawa maksud yang sama. Kedua duanya membawa maksud orang yang paling banyak mendapat petunjuk.


AlMahdi yang dimaksudkan adalah orang dipilih oleh Allah ﷻ untuk menerima mimpi benar yang terbanyak. Apabila Allah ﷻ memilih hambaNya tersebut maka individu itu akan diislahkan melalui mimpinya yang juga menjadi petunjuk untuknya. Tujuan petunjuk itu sendiri adalah pengislahan. 


ISLAHNYA ALMAHDI


Maka tidak merupakan suatu kejanggalan bahawa orang yang diberikan petunjuk itu hanya merupakan orang biasa, maka dengan petunjuk tersebut beliau diislahkan. Orang biasa yang serba kekurangan itulah yang akan diislahkan samada pada satu malam atau waktu malam. Tempoh pengislahan ini menjadi hak Allah ﷻ untuk menentukannya, bukan kita yang berhak menentukannya. Apabila Allah ﷻ memilih seseorang, maka Allah sendiri akan memberikan jalan kepadanya untuk Islah.


AL-MAHDI ASALNYA MANUSIA BIASA


Seseorang yang dikurniakan sebagai AlMahdi tiada syarat sebelumnya beliau mesti seorang pemimpin. Beliau boleh sahaja merupakan orang awam biasa lalu menyampaikan petunjuk yang diterima melalui mimpinya. Tiada bermaksud bahawa petunjuk itu mengubah syariat yang dibawa oleh Rasullullah ﷺ, kerana agama telah disempurnakan. Sebaliknya petunjuk itulah menjadi jalan menghadapi fitnah akhir zaman. Petunjuk untuk manusia agar amal agama dapat disempurnakan sepertimana kehendak Allah ﷻ. 


TANDA UNTUK DIIKUTI


AlMahdi bukan sekadar nama yang perlu digembar gemburkan, sebaliknya tanda tanda yang diterimanya itu merupakan sebuah petunjuk yang perlu diikuti. Fungsi utama beliau untuk memimpin umat menghadapi fitnah akhir zaman. Petunjuk yang diterimanya itu adalah jalan keluar bagi umat Islam seluruhnya bagi menghadapi tanda tanda besar. Ini kerana petunjuk itu adalah dari Allah ﷻ. 


Sekiranya masih lalai dan tidak menerima petunjuk yang dibawakan oleh beliau, ummat ini akan berterusan menerima tekanan dan goncangan dari Allah ﷻ. Menngikuti AlMahdi adalah persediaan untuk Qiamat itu sendiri. Lalai dengan persediaan ini, manusia akan menghadapi fitnah dan musibah menjelang Qiamat.


PERINTAH MENYEBARKAN ALBUSRAA (الْبُشْرَىٰ)


Terdapat dua jenis petunjuk sebagai tanda dekatnya Qiamat. Satu dinamakan huda (هُدًى) dan satu lagi asraatuha (أَشْرَاطُهَا). Kedua duanya merupakan petunjuk yang dijanjikan oleh Allah ﷻ sebagai tanda akhir zaman. AlMahdi merupakan seorang yang diberikan petunjuk untuk menjelaskan dan memberikan ancaman berlakunya asraatuha tersebut. Penjelasan mengenai "asraatuha" itu didapati oleh AlMahdi melalui AlBusraa. Maka Allah ﷻ perintahkan untuk menyebarkan alBusyra tersebut sebagai penjelasan dan naziiran (نَذِيرً) yang bermaksud peringatan.


ALMAHDI DIPERINTAHKAN UNTUK MEMIMPIN UMMAT KELUAR DARI FITNAH


Petunjuk untuk membimbing dan menyatukan seluruh umat Islam. Juga petunjuk untuk membawa ummat Islam keluar dari sistem yang telah dirancang oleh ahli bathil bagi menyesatkan manusia. Semua petunjuk tersebut perlulah diteliti dan dikaji kerana petunjuk itu datangnya dari Allah ﷻ. 


Mensia siakan petunjuk bermaksud seseorang itu membazir akan rezki yang dikurniakan oleh Allah ﷻ. Tanda utamanya setiap petunjuk mimpi itu bahawa ianya tidak bersalahan dengan ketiga tiga petunjuk asas yakni Quran, Hadits dan Hayatus Sahabah.


BAWALAH PETUNJUK (MIMPINYA) KEPADA AHLINYA


Bawalah petunjuk yang beliau terima melalui mimpinya kepada ahli untuk ditakwilkan. Janganlah menjadi seperti orang yang jahil mencemuh beliau dengan mengatakan ianya cuma mimpi mimpi kosong. Perkara ini telah disyariatkan oleh Allah ﷻ di dalam Quran.


 ۞ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ ۖ وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ الْأَحْلَامِ بِعَالِمِينَ ۞ 

 ۞ Mereka menjawab: "(Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu". ۞ 

(Al-Quran surah Yusuf 12:44)


ALMAHDI JUGA PERLU BERANI KELUAR DARI KEHIDUPAN SEBELUMNYA


AlMahdi sendiri yang merupakan seorang manusia biasa perlu berani menempohi kehidupan barunya. Sepertimana kehidupan Rasullullah ﷺ berubah keseluruhannya apabila tanggungjawab kenabian telah diletakkan kepada beliau. Kini AlMahdi yang menyebarkan petunjuk mengenai tanda akhir zaman juga akan menghadapi situasi yang sama.


Sangat sedikit yang mempercayai beliau, malah golongan pertama yang mempercayai beliau hanyalah daripada kalangan orang awam yang biasa. Begitulah sunnah para mujaddid dalam usaha awal mereka membangunkan ummah. 


PERJALANAN MENEMPOHI TAQDIR YANG DISEDIAKAN UNTUK ALMAHDI


AlMahdi dan sahabat-sahabatnya yang membantu menyebarkan petunjuk tersebut perlu untuk bergerak ke taqdir yang telah disediakan untuk mereka. Sebuah perjalanan yang sukar. Semoga sesiapa yang yang menyedari perkara ini, segera bangun untuk membantunya. insya-Allah.


KEMUNCULAN PERTAMA ALMAHDI


Kemunculan pertamanya yang dimaksudkan adalah sebelum beliau menjadi Imam seluruh ummat Islam. Kemunculan pertama ini bermaksud akan ada kemunculan seterusnya yakni ketika beliau mula berhijrah ke Tanah Hijaz.


 يَا ابْنَ حَوَالَةَ إِذَا رَأَيْتَ الْخِلَافَةَ قَدْ نَزَلَتْ أَرْضَ الْمُقَدَّسَةِ فَقَدْ دَنَتْ الزَّلَازِلُ وَالْبَلَابِلُ وَالْأُمُورُ الْعِظَامُ وَالسَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْ النَّاسِ مِنْ يَدِي هَذِهِ مِنْ رَأْسِكَ


“Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau telah melihat Khilafah turun ke اْلأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ  "Tanah Disucikan" maka akan datanglah ketika berlakunya banyak gempa bumi, musibah, fitnah dan perkara-perkara besar. Ketika itu kiamat lebih dekat dengan manusia berbanding dekatnya tanganku ini dari kepalamu.” 

(Hadits riwayat Sunan Abu Daud)


Kemunculan pertama ini akan mula berlaku di Bumi Pakistan. Kalimat اْلأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ bermaksud "Tanah Yang Disucikan". اْلأَرْضَ bermaksud tanah, manakala الْمُقَدَّسَةَ bermaksud yang disucikan.

Kalimat اْلأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ membawa maksud yang sama dengan maksud Pakistan (پاكِستان). Pak (پاک) bermaksud suci dan Stan (ستان) bermaksud tanah. Maka yang dimaksudkan اْلأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ adalah Pakistan (پاكِستان). 


Pakistan adalah tempat yang dipilih oleh Allah ﷻ dan perlu dibangunkan mengikuti kehendak Allah ﷻ. Artikel mengenai Kebangkitan Pakistan, akan diulas kemudian. Insya-Allah 


BERMULA PERJALANAN PERTAMA ALMAHDI


Peranannya utama AlMahdi untuk menyedarkan ummat supaya membuat persiapan akan fitnah fitnah yang akan ditempohi oleh ummat. Di zaman ketika ummat jauh dari pemahaman sedangkan petunjuk dari Quran dan Sunnah ada padanya. Maka untuk itu beliau akan menempohi sebuah perjalanan yang sukar. 


Ummat sudah jauh untuk menerima bahawa mimpi itu merupakan sebahagian dari petunjuk.

Sedangkan petunjuk dari mimpi jelas terdapat di dalam Quran dan Hadits. Sebuah perjalanan perlu bermula untuk bertemu dengan seorang yang ditakdirkan sebagai pembantu dan membenarkan petunjuk yang diterimanya.


PERSAKSIAN SUMPAH


Sekiranya seseorang itu mengakui mendapat petunjuk atau mimpi benar yang banyak hendaklah memohon kepadanya untuk bersumpah kebenaran. Berikan sumpah kebenaran tersebut terhadap seseorang yang layak untuk mengakui sumpah kebenaran tersebut. Inilah maksud utama perjalanan beliau, hanya keturunan As-Siddiq yang mempunyai wibawa seperti ini. Beliau yang dimaksudkan adalah seorang pemuda dari bani Tamim.


Maaf, persaksian sumpah, bukan sekadar memberikan sumpah kebenaran kepada orang yang tidak layak, sepertimana pepatah Bani Jawi, "seumpama memberi bunga kepada kera". Jangan sesekali memandang rendah maksud "Sumpah Persaksian" dan janganlah gunakan salah pada tempatnya.


KEWAJIBAN MEMBANTU ALMAHDI MENEMUI SESEORANG


Adalah wajib bagi orang yang mengenali pemuda AlMahdi membantu mencari seseorang yang layak untuk menerima sumpah beliau. Perkara ini sangat sukar kerana ianya berkaitan dengan ketaatan dan keyakinan.


Apabila sumpah beliau diterima oleh orang yang layak dan berhak menerima sumpah tersebut, maka ianya akan diterima oleh orang yang lain secara umum. Maka, tentulah orang yang layak tersebut adalah orang yang soleh dan dipercayai oleh sebilangan besar ummat Islam yang beriman. 


PENTINGNYA PENGAKUAN SEORANG KHALIFAH


Seseorang yang layak itu bermaksud seorang pemimpin yang keputusan pengakuan penerimaannya akan diikuti oleh golongan yang dipimpin olehnya. Terdapat ribuan ulama yang akan turut membenarkan pengakuan tersebut. Pemimpin inilah yang bertanggungjawab memegang kepercayaan ummat, semasa beliau masih menjadi khalifah.


Kekhalifahan yang diamanahkan kepada pemimpin itu merupakan sebuah tanggungjawab umat. Amanah itu adalah untuk meneruskan Manhaj Kekhalifahan. Ujian besar kepada pemegang amanah adalah permintaan golongan yang tidak faham untuk memansuhkan manhaj Kekhalifahan tersebut. Terdapat kelompok yang berusaha untuk menukarkan manhaj Khalifah kepada "Sistem Syura".


Apabila manhaj ini telah dihidupkan oleh pendahulunya, maka ianya perlu diteruskan supaya Manhaj tersebut dapat diserahkan kepada khalifah yang terakhir yakni alMahdi yang meminta "Mimpi Benarnya" dimohor (diakui).  


يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ الْمَشْرِقِ فَيُوَطِّئُونَ لِلْمَهْدِيِّ يَعْنِي سُلْطَانَهُ

"Sekelompok manusia datang dari arah timur lalu menyerahkan kekuasaannya kepada Al Mahdi."

(Hadits riwayat Sunan Ibnu Majah)


HALATUJU UMMAT DI AWAL ZAMAN HURU HARA SEBELUM PENGISYTIHARAN KHALIFAH ALMAHDI


Ummat ini hanya dipimpin oleh 12 orang khalifah yang kesemuanya adalah Quraisy. Khalifah yang bakal menyerahkan kekhalifahan itu mestilah yang ke-11 kerana AlMahdi adalah khalifah yang ke12. Khalifah ke11 bermaksud khalifah tersebut meneruskan usaha khalifah khalifah sebelumnya. 


Khalifah yang terawal merupakan mujaddid yang membuka semula Struktur Khalifah atas Manhaj anNubuah setelah berakhirnya zaman Mulkan Jabbariyah. Khalifah khalifah seterusnya merupakan orang yang diakui kesholehan mereka.


* Diperingatkan kembali berakhirnya Mulkan Othmaniyyah tanda berakhirnya Mulkan Jabbariyah. Manakala kejatuhan Turkey bukan bererti bermulanya tempoh seratus tahun mujaddid. 


KHALIFAH KHALIFAH KETURUNAN BANI TAMIM


Abu Bakar As-Siddiq ra adalah khalifah umat Islam yang pertama dari keturunan (bani) Tamim ibnu Murra ibnu Kaab. Secara langsung keturunan ini adalah Quraisy kerana Tamim ibnu Murra ibnu Kaab ibnu Loayy ibnu Ghalib ibnu Fajar (al-Quraisy). Seluruh keturunan Fahr alQuraisy adalah bani Qurais. Pertemuan silsilah beliau dengan ahlul bait adalah Murra ibnu Kaab. Kilab dan Tamim adalah adik beradik berayahkan Murra ibnu Kaab.


Seterusnya semasa kebangkitan semula Khalifah atas Manhaj anNubuah untuk fasa 2 ini. Seluruh khalifah khalifah yang mengusahakan Manhaj tersebut digelarkan "Harats". "Harats" adalah kata jamak bagi pengusaha-pengusaha. Seluruh "Harats" ini adalah keturunan Syeikh Qutb. Syeikh Qutb adalah Ulama besar yang menjadi Penguasa di wilayah "Herat" sebahagian dari tempat yang dinamakan Wara 'anNahar.


Khalifah yang pertama di kalangan "Harats" inilah merupakan mujaddid yang telah menghidupkan semula manhaj ini. Manakala yang terkemudian dari khalifah itu adalah keturunan dari khalifah sebelumnya yang digelar sebagai "AlHarits". AlHarits bermaksud "Pengusaha Yang Dimaksudkan" untuk membantu AlMahdi mempunyai kuniat kedua sebagai "alMansurah". 

* Rujuklah hadits berkaitan perkara ini dan teliti dengan baik. insya-Allah


Kesemuanya khalifah khalifah tersebut adalah keturunan (bani) Tamim, kerana salasilah mereka bersambung terus kepada Abu Bakar ra.

Secara langsung mereka adalah "Quraisy", gelaran bagi keturunan Fahr alQuraisy.

* Bab khalifah akan diulas lanjut. insya-Allah.


SAAT PERTEMUAN DUA ORANG KHALIFAH


AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah ﷺ sedangkan alMansurah dari keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Keadaan yang sama akan berulang kembali. Keturunan As-Siddiq membantu keturunan Rasululullah ﷺ. insya-Allah. 


Khalifah yang seperti inilah yang perlu dicari kerana beliau sedang berusaha di hadapan mata kalian sama seperti AlMahdi telah ada di hadapan mata kalian. 


Pertemuan yang akan menjadi saksi atas kebenaran AlMahdi. Samada AlMahdi yang mohon diterima lafaz sumpah atau atTamimmi yang meminta kebenaran sumpah, itu adalah urusan antara keduanya. Maka setelah dilafazkan sumpah tersebut wajib bagi orang yang meminta untuk menerima lafaz sumpah itu membenarkannya. Namun untuk ahlinya bukan sumpah yang diminta, sebaliknya perjumpaan tersebut sudah besar dan memadai. 


Apabila ianya dibenarkan sebagai AlMahdi bermulalah penyerahan manhaj kekhalifahan kepada yang layak menerimanya. Tanggungjawab sebagai khalifah itu merupakan amanah yang berat dan hanya yang berhak layak memikulnya.


Saat pertemuan ini, ummat Islam sedang terancam oleh serangan musuh yang cemburukan akan kebaikkan yang ingin dicapai oleh ummat Islam. Keadaan serangan secara besar besaran inilah akan tercetusnya Ghazwah Hind. Sekiranya ummat ini dapat berusaha untuk menemukan kedua dua tokoh utama ini sebelum serangan ini dan sebelum keadaan bertambah sukar. 


WAJIB TAAT KEPADA KHALIFAH YANG DIPILIH


Adalah wajib untuk ketaatan itu berubah kepada khalifah AlMahdi sekiranya kekhalifahan itu telah dipindahkan. Kesemua yang taat kepada khalifah Bani Tamim wajib taat kepada khalifah AlMahdi, walau apa pun juga keadaannya. Telah berlaku peralihan beberapa khalifah sebelum peralihan ini. Hanya mereka yang taat mampu kekal dalam usaha yang diperjuangkan hampir seratus tahun ini. Mereka yang ada kepentingan dan tidak taat akan sendiri terkeluar dari usaha ini. Maka buatlah persiapan atas hati untuk taat walau apa pun keputusan khalifah. Semoga Allah ﷻ memelihara kita dan menjadikan kita termasuk di kalangan hambanya yang taat. insya-Allah. 


Selepas berlakunya Ghazwah Hind sebahagian ummat Islam akan mula mempercayai AlMahdi. Mereka juga akan mula memberikan kepercayaan janji setia kepada khalifah Bani Tamim @ alHarits tersebut yang memimpin jemaah yang digelar alMansurah. Gelaran ini diberikan sempena kemenangan di Ghazwa Hind. Kemenangan itu adalah semata mata kerana bantuan Allah ﷻ. 


Ketika Ghazwa Hind, Panji Hitam mula dikibarkan menandakan Rasullullah ﷺ dan AlMahdi bersama menyertai Ghazwa tersebut. Fahamilah maksud Ghazwa dengan sebenar benarnya. insya-Allah.


Pemberian kesetiaan setelah Ghawa Hind dan pembukaan Baitulmaqdis tidak akan diterima lagi oleh khalifah. Ini kerana tiada lagi peperangan yang akan beliau pimpin. Perkara ini diserahkan kepada AlMahdi untuk membuat keputusan. Perkara ini telah dijelaskan sebelumnya (artikel Halatuju). 


Apabila penyerahan itu telah berlaku, AlMahdi perlu untuk membawa jemaah dari seluruh dunia ke Makkah sepertimana yang ditentukan oleh Allah  ﷻ untuk dibaiah oleh semua ummat Islam. Perkara ini akan berlaku ketika khalifah yang soleh ini syahid dibunuh. Semoga Allah ﷻ melindungi kita semua. insya-Allah.


Artikel ini bersambung kepada artikel

AlMahdi Dibaiah